Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jamiyah komited beri khidmat korban terbaik, sasar 5000 agihan kepada yang memerlukan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jamiyah komited beri khidmat korban terbaik, sasar 5000 agihan kepada yang memerlukan

Apr 22, 2024 | 03:30 PM



Jamiyah Singapura sangat teliti dalam pengendalian proses korban dari tempahan, pemilihan korban, perlaksanaan hingga kepada pembungkusan dan pengagihan.

Untuk pastikan kualiti daging korban terjaga, daging korban dipek dengan rapi di dalam bekas plastik dan diletakkan ke dalam beg penyejuk agar daging tersebut tetap segar apabila peserta korban menerimanya.

Malah, Jamiyah memudahkan lagi pengalaman korban bagi peserta dengan menawarkan kaedah ‘drive-through’ atau pandu lalu untuk pengambilan daging korban.

Bagi yang memilih kaedah pandu lalu, sistem yang teratur mempercepatkan pengambilan daging korban mereka.

“Saya puas hati dengan khidmat pandu lalu yang disediakan Jamiyah. Sampai saja di perkarangan Pusat Islam Jamiyah, saya tak perlu tunggu lama untuk giliran saya mendapatkan daging korban saya. Semuanya dikawal dengan teratur dan lancar oleh para pegawai mereka,” kata Cik Sue Hassan, 39 tahun, yang telah dua kali mendapatkan khidmat korban kendalian Jamiyah.

Seorang lagi peserta, Encik Azmi Mat, 61 tahun, akui khidmat hantar ke rumah pula, amat menyenangkannya.

“Saya hanya perlu menunggu di rumah pada hari dan waktu yang ditetapkan untuk menerima daging korban saya. Seperkara lagi yang saya suka ialah daging korban yang dipek ke dalam bekas plastik yang utuh dan ditutup rapi,”kongsinya.

Jamiyah Singapura menggembleng sukarelawan mereka untuk membantu melancarkan lagi kerja-kerja logistik dan operasi tertentu seperti pembungkusan, melabelkan beg, mengawal arus pandu lalu, penghantaran dan banyak lagi.

Ia komited untuk memberi khidmat terbaik dan memudahkan setiap peserta yang menggunakan khidmat korban mereka.

Jamiyah Singapura telah menyediakan khidmat korban sejak tahun 1970an. Matlamatnya amat jelas iaitu bagi menunaikan niat masyarakat kita melaksanakan ibadah korban dan mengagihkan daging korban yang didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Sejumlah 10,000 kg daging korban telah didermakan dan diagihkan kepada 4200 penerima bantuan dari peserta ibadah korban pada tahun 2023.

Pada tahun ini pula, Jamiyah berharap dapat meningkatkan pengagihan kepada 5000 penerima bantuan melalui derma dari peserta ibadah korban.

Korban akan dilaksanakan di dua negara iaitu Indonesia dan Australia.

Di Indonesia, semua daging korban akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan di Medan, Jakarta, Banten dan Lombok.

Untuk korban di Indonesia, harga korban seekor kambing biri-biri adalah $198 dan satu pertujuh lembu berharga $218.

Tarikh tempahan korban di Indonesia bermula sekarang hingga 20 Mei 2024.

Manakala di Australia pula, daging korban akan diterbangkan ke Singapura dan peserta boleh mengambilnya sendiri atau dihantar kepada mereka pada 29 Jun 2024. Untuk Australia, harga korban seekor kambing biri-biri adalah $325, seekor anak kambing adalah $345 dan satu pertujuh lembu adalah $388.

Tarikh tutup tempahan korban di Australia adalah pada 3 Jun 2024 ini.

Untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah melalui pesanan atas talian, sila imbas kod QR yang disediakan. Anda juga boleh hubungi talian 6743-1211, WhatsApp 9115-1211 atau e-mel kepada qurban@jamiyah.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >