Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Jenazah warga S’pura jatuh dari tebing di New York dibawa pulang, dijangka tiba di sini pada 27 Dis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenazah warga S’pura jatuh dari tebing di New York dibawa pulang, dijangka tiba di sini pada 27 Dis

Dec 25, 2023 | 07:01 PM



Jenazah wanita warga Singapura berusia 39 tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tebing tinggi di sebuah taman simpanan di negeri New York, Amerika Syarikat, akan dibawa pulang dan dijadual tiba di sini pada 27 Disember, kata suami Allahyarhamha.

Suaminya, Encik Abdul Rauf Mohd Said, berkata Allahyarhamha Nur Aisyah Md Akbar akan dibawa pulang dengan pesawat Singapore Airlines (SIA) melalui satu penerbangan malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New Jersey. Lapangan terbang itu, antara lain berkhidmat bagi kawasan metropolitan New York.

Menulis di Facebook pada 25 Disember, Encik Abdul Rauf berkata syarikat penerbangan itu telah memberi “pengesahan muktamad’ mengenai penerbangan itu.

“Alhamdulillah, kami akhirnya telah menerima pengesahan… Jenazah isteri tercinta saya akan tiba di Singapura pada 27 Disember 2023, pagi Rabu,” kata beliau, menulis di Facebook.

Encik Abdul Rauf juga berkata jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Loyang Besar sebelum dikebumikan di Pusara Aman.

Dalam insiden yang berlaku pada 22 Disember itu, Allaharyahamha Nur Aisyah, sedang bersiar-siar dengan suaminya di Taman Simpanan Minnewaska di New York.

Allahyarhamha Nur Aisyah dikatakan tergelincir di tepi tebing setinggi 30 meter dan terjatuh. Menurut Encik Abdul Rauf, mereka sedang mencari tempat untuk menikmati pemandangan indah di taman itu apabila Allahayarhamha tiba-tiba terjatuh dari tepi tebing.

Apabila kakitangan perubatan tiba ke lokasi, mereka cuba menyedarkan arwah selama tiga jam namun gagal mendapatkan denyutan.

Arwah kemudian dibawa ke hospital terdekat, di mana beliau disahkan meninggal dunia.

Dalam satu kiriman Facebook untuk memberikan maklumat terkini pada 25 Disember, Encik Abdul Rauf berkata proses bedah siasat ke atas jenazah telah selesai dijalankan.

Encik Abdul Rauf, 41 tahun, seorang pengasas bersama firma pelaburan hartanah Noble Sky International yang dikendalikan bersama isterinya.

Dalam respons kepada Berita Harian (BH), jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) menjelaskan ia sedang memberi bantuan dan sokongan konsular, melalui Konsulat Singapura di New York, kepada keluarga arwah.

Sementara itu, khidmat pengendalian jenazah Islam di sana, The Jenazah Project, membantu menguruskan kertas kerja dan membawa jenazah Allahyarhamha dari Kingston, New York ke negeri New Jersey, di mana beliau dimandikan dan dikapankan.

Awal dari itu, Encik Abdul Rauf turut berkongsi di Facebook harapannya untuk membawa pulang jenazah isterinya dengan menaiki pesawat SIA pada waktu pagi dan meminta kenalan membantunya.

Namun beberapa jam selepas kiriman Facebook itu, beliau berkata beliau telah ditawarkan penerbangan malam dan beliau akan menerima tawaran tersebut.

“Terima kasih semua. Saya berbesar hati melihat ramai daripada anda dengan semangat berkongsi dan mendekati rangkaian anda. Terima kasih sekali lagi,” kata beliau di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >