Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Kegiatan menarik seisi keluarga pelajari sambutan Tahun Baru Cina

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kegiatan menarik seisi keluarga pelajari sambutan Tahun Baru Cina

Jan 22, 2024 | 04:41 PM



Jadikan masa keluarga lebih istimewa dengan idea dan kegiatan berikut.

Persembahan cerita rakyat Cina dan tarian naga

Tahun Baru Cina akan bermula pada 10 Februari, tetapi ibu bapa boleh membuat anak-anak mereka lebih bersemangat menyambut kedatangan Tahun Naga, di acara CNY Family Fun yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Januari

Acara bertema ‘Engaging Traditions’ (Mendekati Tradisi) itu dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Cina Singapura dan Orkestra Cina Singapura di premis mereka di Shenton Way.

Di ruang legar pusat itu, pengunjung yang hadir boleh menjadi sebahagian daripada persembahan percuma interaktif berdasarkan cerita rakyat Cina tentang raksasa bernama Nian.

Pengunjung digalakkan datang ke acara itu berpakaian merah untuk membantu melawan raksasa itu.

Orang ramai juga boleh ke taman atas bumbung untuk menikmati pemasangan seni yang diilhamkan oleh taman permainan kejiranan bertema naga yang ikonik.

Pengunjung juga boleh menonton pertunjukan tarian naga secara percuma. Persembahan ini akan diiringi dengan penggunaan menggunakan lampu LED.

Selain itu, pengunjung boleh mencuba tulisan kaligrafi serta mendapatkan sampul hongbao, hiasan dinding dan aiskrim.







Pengunjung juga boleh menyokong kegiatan berbayar, seperti sesi bercerita sambil berjalan kaki dan mencari harta karun, serta membeli pakaian dan kraf di bazar.

Dapatkan butiran lanjut tentang kegiatan dan masa tayangan di pautan berikut: str.sg/7nYw.

Belajar buat gula-gula janggut naga

Ibu bapa boleh cuba membuat gula-gula janggut naga atau ‘dragon’s beard candy’ bersama anak-anak mereka dalam kegiatan ini.

Manisan tradisional sebesar ibu jari ini terdiri daripada malt halus yang dililit pada kacang tanah yang dihancurkan.







Menurut legenda, gula-gula itu dihidangkan kepada maharaja di istana semasa Dinasti Qing.

Pengunjung dapat belajar membuatnya dalam lapan langkah, bermula dengan melembutkan dan menarik malt keras dengan tangan.

Bengkel itu diadakan di atrium Marina Square pada 27 Januari dan 3 Februari, dari 3 petang hingga 4.30 petang.

Pendaftaran boleh dibuat di kaunter perkhidmatan pelanggan pusat beli-belah itu.

Bayaran bagi program itu ialah $38 untuk orang dewasa dengan seorang kanak-kanak bawah 12 tahun. Harga ini termasuk sampul hongbao dan baucar aiskrim.


Pengunjung ke pusat beli-belah itu juga boleh bergambar dengan 12 watak zodiak Cina yang comel di atrium itu hingga 24 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >