Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kertas undi Pilihan Raya Presiden 2023 dimusnah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kertas undi Pilihan Raya Presiden 2023 dimusnah

Mar 02, 2024 | 01:57 PM



Lebih 2.5 juta kertas undi dan dokumen lain yang digunakan dalam Pilihan Raya Presiden 2023 telah dimusnahkan, sebagai sebahagian daripada proses bagi memastikan kerahsiaan undi.

Pada 2 Mac, kotak-kotak yang tertutup mengandungi kertas-kertas undi dan dokumen lain telah dipindahkan pada sebelah pagi dari Mahkamah Tinggi ke Loji Pembakaran Tuas Selatan untuk dimusnahkan.

Presiden Tharman Shanmugaratnam dan calon-calon lain tidak berada di sana untuk menyaksikan proses tersebut – seperti yang dibenarkan Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Pilihan Raya Presiden 2023 telah berlangsung pada 1 September 2023 dan melibatkan tiga calon.

Lebih 2.5 juta warga Singapura telah keluar mengundi pada 1 September lalu untuk memilih Presiden baru Singapura.

Presiden Tharman Shanmugaratnam menang pilihan raya tersebut dengan 70.41 peratus undi.

Calon lain, Encik Ng Kok Song dan Encik Tan Kin Lian masing-masing menerima 15.72 peratus dan 13.87 peratus undi.

Terdapat 2,480,760 undi yang dibuang, dengan 50,152 undi ditolak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >