Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kuasa bagi polis jalankan ujian forensik diluluskan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kuasa bagi polis jalankan ujian forensik diluluskan

Feb 05, 2024 | 08:46 PM



Satu rangka kerja perundangan untuk memberi kuasa kepada pihak polis melakukan pemeriksaan perubatan forensik (FME) kepada tertuduh dan mangsa bagi mengumpul bukti forensik untuk siasatan jenayah telah diluluskan di Parlimen pada 5 Februari.

Berucap di Parlimen bagi membentangkan pindaan Rang Undang-undang Prosedur Jenayah (Pindaan Pelbagai), Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata pihak polis akan mengambil pendekatan berbeza antara tertuduh dengan mangsa.

“Bagi yang tertuduh, polis akan mempunyai kuasa mengarahkan mereka menjalani FME walaupun mereka tidak memberi persetujuan.

“Ini kerana, jika seseorang itu bersalah, orang itu berkemungkinan besar menolak diperiksa, jika diberi pilihan,” kata Cik Rahayu.

Rangka kerja tersebut adalah antara 20 set pindaan yang dibentangkan di Parlimen pada 5 Februari bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan seperti kes rogol dan serangan seksual.

Ia memberi kuasa kepada polis melakukan FME dengan mudah untuk membantu siasatan, khususnya bagi mendapatkan bukti kritikal seperti DNA yang boleh merosot dengan cepat apabila terdedah kepada persekitaran.

FME secara amnya merangkumi pemeriksaan perubatan fizikal, pengumpulan sampel badan serta pengambilan gambar bahagian tubuh badan.

“Kekerasan yang sewajarnya boleh digunakan untuk menjalankan FME selagi ia tidak melibatkan bahagian badan yang sulit atau prosedur invasif.

“Adalah menjadi satu kesalahan menolak menjalani FME tanpa alasan yang munasabah, dan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya,” tambah Cik Rahayu.

Bagi memastikan FME dijalankan dengan selamat dan sensitif, Cik Rahayu berkata hanya profesional perubatan yang berkelayakan boleh melakukan pemeriksaan dan prosedur itu. Pegawai itu juga harus berpuas hati prosedur tersebut tidak membahayakan subjek.

Langkah-langkah lain termasuk menetapkan pegawai polis berpangkat inspektor atau lebih sahaja yang melakukan FME di bahagian sulit, dan jika pengambilan FME diperlukan dari tubuh wanita, hanya pegawai polis atau pakar forensik wanita yang dibenarkan melakukannya.

“Bagi pihak mangsa, persetujuan biasanya diperlukan.

“Adalah penting memastikan mangsa terutama mereka yang telah mengalami serangan seksual, ditangani secara sensitif untuk mengelakkan mereka daripada mengalami trauma semula,” kata Cik Rahayu.

Namun, Cik Rahayu berkata terdapat beberapa pengecualian seperti jika mangsa berada dalam keadaan koma selepas serangan seksual, dan bukti DNA akan hilang jika tidak dikumpulkan secepat mungkin.

“Skop pengecualian pada persetujuan adalah ketat dan polis akan melaksanakan pengecualian tersebut secara bijaksana.

“Pihak polis juga akan menunggu, sejauh mungkin, untuk mangsa pulih sebelum mendapatkan persetujuan,” tambahnya.

Semasa perbahasan rang undang-undang tersebut, beberapa Anggota Parlimen (AP) turut tampil memberikan sokongan dan menyuarakan keprihatinan mereka.

Antaranya adalah AP Dilantik (NMP), Dr Razwana Begum Abdul Rahim, Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) dan Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio) yang bertanya bagaimana mangsa dan orang yang terdedah akan disokong.

Dalam jawapannya, Cik Rahayu berkata: “Penjagaan mangsa adalah aspek utama polis dalam prosedur untuk mengendalikan kes serangan seksual. Kami akan menyediakan langkah perlindungan, termasuk langkah privasi yang munasabah.

“Ini termasuk langkah memaklumkan mangsa tentang prosedur FME yang berkaitan dan mereka boleh menyampaikan sebarang kebimbangan.

“Bagi mangsa bawah umur atau mangsa yang terdedah yang menjalani FME, polis boleh membenarkan mangsa mempunyai orang yang dipercayai hadir untuk menyokong mangsa melalui proses dan memudahkan FME tanpa menjejas siasatan,” kata Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >