Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sokongan perubatan, psikososial bagi warga emas perlu diperkukuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan perubatan, psikososial bagi warga emas perlu diperkukuh

Jelang 2026, lebih seperlima penduduk berusia 65 tahun ke atas
Jan 07, 2024 | 11:28 AM



Lebih banyak boleh dilakukan untuk membantu warga emas mendapatkan sokongan perubatan dan psikososial dalam masyarakat, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.

Beliau menyatakan bahawa Singapura akan menjadi sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang semakin menua menjelang 2026, dengan lebih seperlima penduduk berusia 65 tahun ke atas. 

“Dengan sekitaran kehidupan yang lebih baik, pemakanan yang bertambah baik, dan kemajuan penjagaan kesihatan, jangka hayat kita telah berpanjangan. 

“Namun, sedang jangka hayat 85 tahun merupakan antara yang tertinggi di dunia, jangka hayat kita yang disesuaikan dengan kesihatan ialah 75 tahun. 

“Ini bermakna secara purata, kita menghabiskan kira-kira 10 tahun dalam keuzuran. Ini adalah keadaan yang kita berusaha untuk mengubah,” kata beliau.     

Cik Rahayu berkata demikian semasa berucap di acara HealthFest bagi menyambut Ulang Tahun ke-88 Hospital Besar Changi (CGH) pada 6 Januari. 

Beliau menarik perhatian program-program berasaskan masyarakat oleh CGH telah direka untuk menggalakkan penuaan aktif, penglibatan sosial, dan meningkatkan mutu kehidupan secara menyeluruh. 

Ini termasuk pembangunan Hab Perkhidmatan Geriatrik yang menawarkan penilaian menyeluruh berasaskan masyarakat dan membolehkan campur tangan lebih awal bagi gejala geriatrik seperti kelemahan, pemakanan tidak seimbang dan sarkopenia iaitu kehilangan otot disebabkan penuaan. 

“Ini merupakan proses sistematik dalam menilai keperluan warga emas, meliputi aspek perubatan, fungsi, kejururawatan dan psikososial. 

“Dengan mengutamakan keperluan warga emas dan bekerja rapat dengan keluarga mereka untuk membangunkan pelan penjagaan, hab-hab ini telah berjaya memperkasa warga emas untuk kekal berfungsi dan sihat dalam masyarakat serta mengelakkan kemasukan ke hospital,” ujar Cik Rahayu. 

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada acara tersebut, CGH telah mencatat rekod dunia baru dalam Guinness Book of World Records bagi Pelajaran Kesedaran Kesihatan Warga Emas Terbesar.

Sekitar 469 warga emas menghadiri pelajaran kendalian Dr Alexis Ang, Perunding Kanan, Jabatan Perubatan Geriatrik, CGH.

Dalam ucapan beliau, Cik Rahayu turut menyentuh tentang Program Psikogeriatrik Masyarakat (CPGP), yang dikhususkan untuk memperbaiki kesihatan mental warga emas yang tinggal dalam masyarakat. 

“Melalui pendekatan berbilang disiplin yang melibatkan pakar psikiatri, doktor, dan pekerja sosial perubatan, pasukan CPGP bekerjasama dengan agensi-agensi Skim Eldercare dan penjaga dalam masyarakat untuk menyediakan sokongan latihan dan perundingan bagi kakitangan agensi-agensi dan mereka yang menjaga kesihatan mental warga emas dalam masyarakat, “kata beliau. 

Pasukan penjagaan CPGP juga menyediakan pelan penjagaan holistik, menyediakan penilaian klinikal di rumah dan campur tangan bagi warga emas yang mempunyai masalah kesihatan mental dalam bentuk psikoterapi, perubatan dan intervensi psikososial. 

Cik Rahayu turut menambah bahawa lebih banyak usaha sedang dijalankan untuk menerima sepenuhnya manfaat usia lanjut dan penekanan yang lebih besar akan diberikan bagi meneruskan gaya hidup aktif yang memupuk kesejahteraan dan hubungan sosial. 

“Kami sedang meluaskan rangkaian Pusat Penuaan Aktif (AACS), yang akan menjadi pusat tumpuan utama bagi warga emas untuk kekal terlibat secara sosial dan fizikal,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa lebih banyak langkah pencegahan akan dilakukan bagi membantu majoriti warga emas kekal sihat bagi jangka masa lebih lama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >