Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih mudah bagi pengendali F&B dapatkan bekalan mentah halal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih mudah bagi pengendali F&B dapatkan bekalan mentah halal

Jan 01, 2024 | 05:31 AM



Ia kini lebih mudah bagi pengendali makanan dan minuman (F&B) yang sudah memperoleh sijil halal untuk mendapatkan bekalan halal bagi sebahagian besar bahan yang diperlukan.

Ini berbanding beberapa dekad sebelum ini, dengan jumlah pembekal bahan mentah tidak begitu banyak.

Demikian pemerhatian yang dikongsi jurucakap Tenderfresh Group – syarikat induk tempatan yang antara lain, mengendalikan kedai kopi dan perniagaan F&B seperti Kedai Kopi dan Tenderbest – kepada Berita Harian (BH).


Jenama itu mula bertapak pada 1979 dengan gerai pertamanya di Pusat Penjaja Whitley Road dan kini berkembang meliputi rantaian perniagaan F&B lain.

Dengan ini, ia tidaklah begitu sukar untuk mencipta produk sajian baru bagi kekal mematuhi piawaian halal kerana pensijilan halal kini “diterima pakai bukan sahaja di Asia, malah diterima secara meluas di seluruh dunia”, kata jurucakap itu.

Di samping itu, ia dapat memastikan pematuhan dengan lebih baik melalui kilang dapur pusat di Senoko Drive yang disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Ia juga diiktiraf Pensijilan SS444 HACCP dan ISO22000 (Pengurusan Keselamatan Makanan) dengan “diketuai pasukan yang mahir dan berpengalaman bagi mencipta dan mengeluarkan produk makanan sendiri”, katanya.

HACCP (Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya) adalah pensijilan mutu dan keselamatan makanan antarabangsa manakala ISO ialah Pertubuhan Antarabangsa untuk Pemiawaian.

Hasil daripada itu, jelas beliau, jenama di bawah Tenderfresh berjaya “mengukuhkan kedudukan ketara dalam pasaran makanan halal” di sini.

Perkara serupa turut dikongsi Pengarah Eksekutif Fei Siong Group, Encik Tan Kim Leng.

Syarikat induk yang mengendalikan beberapa operasi F&B dan kedai makan di Singapura itu mempunyai beberapa jenama mesra Muslim – antaranya Encik Tan, yang menerima sijil halal pada 2014, dan gerai Sedap Noodle yang mendapat pengiktirafan halal pada 2012.

Daripada pengamatannya, beliau turut akur bahawa ia kini lebih mudah untuk dapatkan bahan mentah dan bekalan kerana lebih banyak pembekal kini ada sijil halal, sekali gus ia kurang rumit untuk kekal mematuhi piawaian halal.

Namun beliau akur cabaran utama adalah untuk sentiasa mengikuti perkembangan proses permohonan halal yang mungkin dikemas kini dari masa ke masa kerana mana-mana perubahan yang tidak dipatuhi boleh menjejas pematuhan piawaian.

Sungguhpun demikian, beliau yakin akan potensi halal kerana sejak menerima sijil halal bagi Sedap Noodle dan Encik Tan, beliau melihat perniagaan meningkat 30 peratus.

Begitu juga gambaran diberikan Tenderfresh, yang kini dapat mencipta dan menghasilkan produk makanan halal sendiri berbanding hanya bergantung pada sumber dari pasaran menerusi dapur pusat yang mula beroperasi sejak 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >