Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Perniagaan Swee Heng tumbuh 15% selepas dapat sijil halal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Perniagaan Swee Heng tumbuh 15% selepas dapat sijil halal

Jan 01, 2024 | 05:31 AM



Sungguhpun perlu mengikuti proses lebih rapi supaya persiapan dan pengendalian makanan mematuhi piawaian halal, perniagaan Swee Heng meningkat sekitar 15-20 peratus sejak mendapat pensijilan halal pada 2010.

Ini berbanding tempoh sebelum ia disahkan halal, jelas Pengarah Eksekutif syarikat itu, Encik Eric Ng.

Ketika ditemui Berita Harian di Swee Heng 1989 Bakery Cafe di Pusat SingPost – satu-satunya kedai Swee Heng berasaskan kafe di sini – beliau menjelaskan idea di sebalik mendapatkan sijil halal adalah menyusuli maklum balas pelanggan.


Ia sebagai salah satu jaminan bagi masyarakat Islam di sini.

Beliau menjelaskan: “Terus terang, idea tersebut berputik disebabkan kedai yang kami ada di Geylang Serai.

“Kami sedia maklum sebahagian besar pelanggan di kawasan Geylang Serai merupakan pelanggan Melayu/Islam tetapi ramai yang rasa waswas.

“Pada waktu itu, pelanggan sedemikian ingin membeli produk kami tetapi tidak begitu pasti jadi sebagai langkah jaminan kepada pelanggan, kami putuskan untuk memohon sijil halal.”

Jenama Swee Heng sinonim dengan juadah roti dan snek tradisional – diasaskan pada 1989 oleh bapanya Encik Ng Chai Huat dan isteri Cik Ong Chu Eng. Ia kini mempunyai 88 cawangan di serata Singapura.

Beliau berkata tempoh peralihan sebelum disahkan halal sememangnya sukar kerana syarikat itu perlu mengganti atau menghentikan penggunaan beberapa bahan, di samping memastikan kakitangan dilatih tentang selok-belok pematuhan.

“Seperti sedia maklum, ada beberapa produk mengandungi bahan alkohol seperti rum ataupun bahan-bahan lain yang dilarang.

“Jadi terdapat banyak penggantian yang telah kami lakukan terhadap penggunaan bahan mentah,” ujar Encik Ng.

Beliau menjelaskan ketika mula-mula mendapatkan sijil halal, ia juga sukar mendapat bahan mentah dari sumber yang diperakui disebabkan kebanyakan syarikat pembekal pada waktu itu tidak melihat aspek halal sebagai pasaran.

Katanya: “Kini bahan yang telah diperakui halal lebih senang untuk didapatkan, bahkan dari negara seperti Taiwan. Ia sedia maklum untuk menjual bahan mentah ke Singapura atau Malaysia, ia perlu disahkan halal.”

Beliau juga membeli bahan mentah dari Italy kerana negara tersebut dan sebahagian besar Eropah melihat potensi halal sebagai pasaran berkembang.

Bagi kakitangan pula, mereka perlu dilatih agar tidak membawa masuk makanan luar ke dalam dapur atau tempat persiapan untuk mengelakkan pencemaran, tambahnya.

Beliau akur bahawa terdapat kos operasi tambahan yang perlu ditanggung syarikat untuk mengekalkan pensijilan halal tetapi pemerolehan halal sejak 2010 “pasti telah membantu perniagaan” setakat ini.

“Misalnya bagi acara yang dijalankan syarikat luar atau di sekolah, sebahagian besar daripada pertubuhan sedemikian tempah dengan kami… kerana tidak perlu asing-asingkan makanan halal dan bukan halal.

“Saya rasa ini adalah salah satu manfaat (disahkan halal),” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >