Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki pakai baju, tudung isteri untuk rompak kedai dipenjara dan dirotan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki pakai baju, tudung isteri untuk rompak kedai dipenjara dan dirotan

Apr 24, 2024 | 09:41 PM



Seorang lelaki yang memakai pakaian isterinya dan mengacukan pisau ke arah juruwang ketika cuba merompak kedai serbaneka dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan enam bulan serta enam sebatan pada 23 April.

Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan, Mahmoud Abdeltawwab Riad Abdelhak, 39 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan cubaan merompak dan tuduhan mencuri.


Pada 15 Julai 2023, kira-kira 1.20 pagi, Mahmoud – warga Mesir dan penduduk tetap (PR) Singapura – memasuki kedai serbaneka 24 jam di Toa Payoh dengan memakai baju panjang hitam dan tudung milik isterinya serta penutup lengan warna kelabu dan topeng hitam.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Huo Jiongrui berkata Mahmoud berniat untuk merompak kedai itu tanpa identitinya dikenal pasti, dan turut bersenjatakan pisau dapur yang dibawa dari rumah.

Semasa juruwang itu duduk di kaunter membaca surat khabar, Mahmoud berjalan di belakangnya, mengacukan pisau berhampiran mukanya dan memberitahunya untuk tidak berteriak.

Terkejut, juruwang itu berpaling dan apabila beliau melihat Mahmoud, juruwang itu berteriak.

DPP Huo berkata Mahmoud terkejut dengan teriakan juruwang itu dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Untuk mengelak daripada dikesan, dia membuang pakaian isterinya dan pisau dapur ke dalam dua tong sampah yang jaraknya kira-kira 200 meter dari kedai itu, tambah pihak pendakwa.

Dia ditahan pada hari yang sama dan pakaian isterinya ditemui di dalam tong sampah.

Bagi pertuduhan mencuri, Mahmoud mencuri dua cincin pada November 2022 daripada kakak iparnya yang tinggal bersamanya dan isteri ketika itu.

Kakak iparnya berkongsi bilik tidur dengan si suami dalam flat tersebut dan terus mengunci pintu bilik apabila mereka keluar.

Namun demikian, Mahmoud menggunakan kunci ganti untuk mengakses bilik dan mencuri cincin pertunangan bernilai $1,300 dan cincin perkahwinan kakak iparnya bernilai $1,899.

Dia menggadaikan kedua-dua cincin dengan nilai $247.

Apabila kakak iparnya menyedari cincinnya hilang, dia mengesyaki Mahmoud mempunyai kunci ganti bagi bilik.

Dia kemudian memasang kamera litar tertutup (CCTV) dengan pembesar suara terbina dalam di dalam bilik tidur tanpa disedari Mahmoud.

Apabila dia memasuki bilik itu semula dan menyelongkar barang-barang mereka, kakak iparnya, yang telah memerhatikan gerak-gerinya melalui penstriman langsung di telefon bimbit, bertanya apa yang dia lakukan melalui pembesar suara.

Dia segera keluar dari bilik tidur. Kakak iparnya kemudiannya membuat laporan polis.

DPP Huo berkata berhubung kesalahan cubaan merompak, Mahmoud menunjukkan sedikit penyesalan dan meminta hukuman penjara 31 bulan hingga 35 bulan serta enam sebatan.

Beliau berkata: “Semasa siasatan, dia secara terang-terangan berbohong bahawa dia sedang berlari-lari anak pada masa kesalahan itu walaupun terdapat bukti terhadapnya.”

Beliau menambah bahawa kesalahan itu telah direncanakan kerana Mahmoud bersusah payah untuk memakai pakaian isterinya untuk mengelak daripada dikenal pasti.

Jika disabit kesalahan dengan cubaan merompak, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara dua dan tujuh tahun, dan sekurang-kurangnya enam sebatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >