Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki terakhir kes ‘kongsi isteri’ dihukum penjara 13 tahun, sebat 12 kali

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki terakhir kes ‘kongsi isteri’ dihukum penjara 13 tahun, sebat 12 kali

Jan 30, 2024 | 04:45 PM



Lelaki terakhir daripada tujuh lelaki dalam kes suami memberi isteri mereka ubat tidur untuk dirogol lelaki lain dihukum penjara 13 tahun dan rotan 12 kali pada 30 Januari.

Eksekutif kewangan berusia 45 tahun itu, O, dijemput oleh J untuk merogol isteri J yang tidak sedarkan diri pada Mac 2011, pada ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.

J, individu utama dalam kes itu, telah memberi isterinya ubat penenang dan menjemput lima lelaki merogolnya secara berasingan antara 2010 dengan 2018.

Dalam menjatuhkan hukuman ke atas O, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, Hakim Mavis Chionh menolak percubaan pihak pembelaan untuk menggambarkan O sebagai “pengikut malang” yang terjebak dalam muslihat J secara tidak sengaja, lapor The Straits Times.


Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkah laku O secara keseluruhan menunjukkan dia tidak mempunyai penyesalan yang ikhlas, merujuk kepada bagaimana dia terus terlibat dalam perbincangan bersama J tentang merogol mangsa itu selepas kesalahan tersebut.

Hakim Chionh juga menambah beliau memberi sedikit saja pertimbangan kepada kerja kebajikan O sebagai sukarelawan akar umbi dan sebuah badan amal makanan.

Peguam O, Encik Chua Eng Hui, berkata beliau akan merayu terhadap sabitan dan hukuman anak guamnya.

Ikat jamin bagi O ditambah kepada $120,000 sementara menunggu pendengaran rayuannya.

Empat lelaki lain yang merogol isteri J telah dijatuhkan hukuman penjara antara 13½ dan 22 tahun. Tiga daripada mereka juga dihukum rotan 20 kali setiap seorang.

Semasa perbicarannya di mahkamah, J memberi keterangan bahawa dia menjemput O merogol isterinya pada Mac 2011, pada ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.

Namun, O menafikan sebarang perjanjian antaranya dengan J untuk merogol isteri J.

Dia juga menafikan merogol mangsa.

Dia berhujah J mengundangnya ke rumahnya untuk bersemuka kerana O dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri J.

Isteri J dan O melakukan hubungan seks suka sama suka pada September 2010, selepas J memberikan butiran hubungan isterinya.

O mendakwa dia berasa gelisah dalam flat itu malah apabila ditanya oleh J sama ada dia mahu menyentuh mangsa, dia berpura-pura menyentuh dirinya secara seksual dalam usaha untuk keluar daripada situasi itu.

Hujah itu ditolak oleh Hakim Chionh, yang mensabitkan O pada November 2023.

Beliau berkata keterangan O tidak konsisten, bernas, munasabah serta “tidak masuk akal”.

Hakim berkata tidak masuk akal untuk J menyebabkan isterinya dalam keadaan tidak sedar jika dia mahu bersemuka dengan O kerana mempunyai hubungan sulit.

Beliau menyatakan O tidak cuba memeriksa wanita itu selepas melihatnya terbaring sambil tidak bergerak di atas katil, walaupun O mendakwa dia pergi ke flat itu kerana bimbang akan mangsa.

Hakim Chionh berkata pihak pendakwaan telah membuktikan kededua lelaki itu bersubahat dalam jenayah tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >