Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lontong, mi soto Padi D’NYC masih tetap dapat sambutan di New York

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lontong, mi soto Padi D’NYC masih tetap dapat sambutan di New York

Dec 16, 2023 | 05:30 AM



Permintaan bagi sajian Melayu yang ditawarkan Padi D’NYC kekal stabil selepas lebih setahun ia melebarkan sayap ke bandar New York City.

Malah, tiga pemiliknya bercadang untuk memperluas perniagaan ke bandar lain dan meneroka pilihan menawarkan francais jenamanya.

Berkongsi dengan Berita Harian (BH), salah seorang rakan kongsi restoran itu, Encik Hashim Ali, 54 tahun, berkata sejak membuka cawangan luar negaranya yang pertama di Urban Hawker sudah balik modal dalam enam bulan pertama.


Selain Encik Hashim, dua rakan kongsinya yang lain termasuk Encik Adam Malikh, 56 tahun, dan Encik Salman Abdullah, 55 tahun.

Dalam laporan BH pada Jun, beliau berkata pihaknya melabur sekitar AS$150,000 ($201,000) bagi cawangan di bandar New York itu.


“Alhamdulillah, sajian kami diterima baik penduduk tempatan di sana. Barangkali makanan kami susah nak dapat di sana, jadi mereka menghargai hidangan yang ditawarkan,” kata beliau.

Restoran hasil kerjasama tiga usahawan Melayu/Islam Singapura itu membuka cawangan di pusat makanan Urban Hawker yang terletak berdekatan dengan mercu tanda ikonik, Times Square, pada September 2022.

Daripada laman rasmi Urban Hawker, gerai tersebut salah satu daripada tiga penjaja yang menghidangkan makanan halal di sana.

Cawangan pertama Padi@Bussorah yang dibuka pada Mac 2015 di Bussorah Street, menyediakan sajian Melayu autentik seperti nasi ambeng, rendang, sambal sotong, lauk lemak dan sate.

Di bandar New York, sajian yang dijual termasuk lontong, mi soto, sate kambing dan ayam selain mi rebus dan set rendang daging serta set gulai ayam.

Menurut Encik Hashim, sejauh ini antara sajian yang laris dijual di New York adalah set ayam gulai dan mi bakso.

Beliau akur persaingan sememangnya sengit, memandangkan perniagaannya perlu bersaing dengan restoran dan sajian tempatan di sana.

Mujur ia kini sudah mula menyaksikan pelanggan tetap dan jumlah mereka yang mengunjungi cawangannya pula kekal mapan secara umum, ujar beliau.

Sungguhpun demikian, antara cabaran utama setelah lebih setahun beroperasi di negara asing baginya adalah mengawal kos perbelanjaan – dipacu kos bahan mentah yang semakin meningkat.

Beliau menganggarkan kos bahan mentah telah meningkat sekitar 5 peratus, di samping kos sewa dan gaji pekerja di New York yang lebih tinggi berbanding di Singapura.

Dalam laporan sebelum ini, beliau menganggarkan sewa gerai mencecah AS$10,000 manakala bayaran penyelenggaraan adalah sekitar AS$3,500 sebulan.

Maka itu, perancangan dan pengawalan perbelanjaan menjadi semakin penting, tambah Encik Hashim.

Beliau berkata setakat ini, Padi D’NYC mempunyai sekitar tujuh pekerja dan salah satu cara ia mengawal perbelanjaan adalah dengan mengatur jadual tenaga kerja bagi mengoptimumkan kakitangan dan menjimatkan kos tenaga kerja secara keseluruhan.

“Semasa tempoh makan tengah hari antara 11 pagi dengan 2 petang dan makan malam antara 6 petang dengan 8 malam, kami menggunakan tenaga kerja sepenuhnya.

“Tetapi tempoh lengang antara 2 petang dengan 6 petang, kami kurangkan jumlah tenaga kerja,” jelasnya.

Beliau menekankan bahawa meskipun dengan kos bahan mentah yang meningkat, ia tidak menaikkan harga – sajian yang dijualnya di bandar New York adalah antara $16 dengan $18 bagi setiap set.

Bagi mengorak langkah ke hadapan, beliau berkongsi pihaknya sedang meneroka pilihan pemfrancaisan dan “sedang meninjau pasaran”.

Tambahan juga, pihaknya ada rancangan membuka satu lagi cawangan di California Market Center beralamat di 110 E9th Street, Los Angeles, California.


Namun, ia perlu ditangguh buat sementara waktu setelah kontraktor utama belum mendapat lesen yang diperlukan – cawangan baru itu sepatutnya dijadualkan dibuka pada September atau Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >