Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Padi@Bussorah buka satu lagi cawangan di Amerika

Cawangan terbaru restoran kerjasama tiga usahawan Melayu/Islam setempat akan dibuka pada Sep atau Okt ini di Los Angeles, California
Jun 12, 2023 | 01:39 PM



Selepas setahun membuka cawangan luar negaranya yang pertama, restoran Padi@Bussorah telah membuka sebuah lagi cawangan di sebuah lagi bandar di Amerika Syarikat.

Kali ini restoran yang sudah berusia lapan tahun itu akan mengembangkan jenamanya ke Los Angeles, di California.

Restorannya yang pertama di luar negara yang dibuka pada September 2022 terletak di Times Square, di bandar New York dan diberi nama Padi D’NYC.

Yang terkini, restoran itu yang merupakan kerjasama tiga usahawan Melayu/Islam setempat akan dibuka di California Market Center beralamat 110 E9th Street, Los Angeles, California. Ia dijadualkan dibuka pada September atau Oktober ini.







Semasa dihubungi, salah seorang rakan kongsi restoran itu, Encik Hashim Ali, 54 tahun berkata keputusan membuka cawangan terbaru itu dibuat berdasarkan sambutan yang diterima daripada pelanggan di bandar New York itu.

“Sejak dibuka pada 2022, respons yang diberi para pelanggan kami memang luar biasa.

“Justeru apabila ditawarkan untuk meluaskan perniagaan ke Los Angeles, kami tidak mengambil masa yang lama untuk buat keputusan itu,” katanya.

Selain dirinya, dua rakan kongsinya termasuk Encik Adam Malikh, 56 tahun dan Encik Salman Abdullah, 55 tahun.

Encik Hashim menganggarkan pihaknya mengambil tempoh sekitar tiga bulan untuk meraih kembali modal bagi cawangan di bandar New York itu.

Pada ketika itu, pihaknya melaburkan sekitar AS$150,000 ($202,406) untuk cawangan di bandar New York itu.

Bagi cawangan yang akan datang di Los Angeles pula, pihaknya memperuntukkan pelaburan sekitar AS$100,000, kata Encik Hashim lagi.

Terdapat enam kakitangan yang kini menguruskan cawangan di bandar New York itu yang dibuka dari 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Cawangan pertama Padi@Bussorah yang dibuka pada Mac 2015 di Bussorah Street, menyediakan sajian Melayu autentik seperti nasi ambeng, rendang, sambal sotong, lauk lemak dan sate.







Di bandar New York, sajian yang dijual termasuk lontong, mi soto, sate kambing dan ayam selain mi rebus dan set rendang daging serta set gulai ayam.

Di Los Angeles kelak, Encik Hashim berkata pihaknya akan menambah satu lagi sajian, iaitu set nasi lemak.

“Berniaga di sini ternyata lebih mudah kerana kami jual sajian dalam bentuk set bento.

“Yang lebih sukar adalah isu-isu berkaitan perlesenannya yang agak leceh,” tambahnya.

Sejauh ini, Encik Hashim berkata penerimaan masyarakat di Amerika terhadap sajian yang dijualnya memang baik.

Mereka juga gemar makan dan berani mencuba sajian Melayu yang kami sediakan, tambahnya.

Sajian yang dijualnya di bandar New York adalah antara $16 dengan $18 bagi setiap set, sementara di Los Angeles, dianggarkan set sajian Padi akan diletakkan harga antara $14 dengan $16.

Menurut laporan akhbar ini pada 23 September 2022, pada hari pertama mereka membuka pintu kepada orang ramai di sebuah ruang penjaja bernama Urban Hawker dekat Times Square di New York,  Encik Hashim berkata pekerjanya cukup sibuk melayan pelanggan dan mengambil pesanan yang tidak henti-henti dari 11 pagi hingga 2 petang.

Tambahnya, kesemua hidangan yang disediakan bagi waktu makan tengah hari itu habis dijual dan mereka perlu memasak lagi bagi waktu makan malam.

Selain Padi D’NYC, restoran itu turut mengendalikan sebuah lagi gerai, Mamak’s Corner, di ruang penjaja yang diusahakan Makansutra dan syarikat Amerika, Urbanspace itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >