Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Mantan pengarah urusan SMRT dilantik CEO SingPost (S’pura) baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan pengarah urusan SMRT dilantik CEO SingPost (S’pura) baru

Apr 01, 2024 | 12:35 PM



Mantan pengurusan bagi Laluan Thomson-East Coast (TEL) SMRT, Encik Shahrin Abdol Salam, akan menerajui SingPost selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi urus niaga di Singapura, mulai 1 Mei.

Beliau akan menggantikan CEO kini, Cik Neo Su Yin, menurut kenyataan yang dikeluarkan SingPost pada 1 April.

SingPost berkata pelantikan Encik Shahrin untuk mengetuai operasi Singapura adalah berikutan penstrukturan semula perniagaan yang akan menyaksikan syarikat tersebut menjalani transformasi menjadi sebuah syarikat logistik dalam tempoh tiga tahun.

Menurut kenyataan SingPost, Cik Neo akan berundur diri untuk mengejar peluang kerjaya di tempat lain.

Encik Shahrin, yang juga mantan naib presiden kanan perhubungan strategik di SMRT Corporation, mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam pengurusan operasi, perancangan strategik, pengurusan aset, pembangunan perniagaan, kejuruteraan dan perkhidmatan pelanggan.

Sebelum ini, beliau yang memegang pelbagai jawatan kepimpinan kanan, pernah menyandang jawatan Ketua Jurutera, Operasi Rel dalam Penguasa Jalan Raya dan Pengangkutan (RTA) Dubai, dengan beliau dan pasukannya memudahkan perasmian Dubai Tram dan menyokong pengawasan Dubai Metro dan Operasi Tram Dubai, yang merupakan keseluruhan sistem rel Dubai.

Di atas kecemerlangan kerjanya dan sumbangan masyarakat yang dibuat sebagai aktivis akar umbi, Encik Shahrin disampaikan dengan Anugerah Jauhari Berita Harian pada 2023.


Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SingPost, Encik Vincent Phang, berkata: “Shahrin mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam mengetuai operasi, kejuruteraan dan kualiti perkhidmatan, dan saya mengharapkan kepimpinannya dalam transformasi berterusan kami.”

Pada awal Mac, Berita Harian (BH) melaporkan bahawa Encik Shahrin telah meletak jawatan daripada SMRT untuk memenuhi peluang kerjaya di luar negara.


Namun, ketika dihubungi BH baru-baru ini, Encik Shahrin berkongsi bahawa beliau terpaksa melepaskan peluang tersebut untuk menjaga ibu bapanya yang sedang sakit.


“Keperluan keluarga sering memerlukan keputusan yang sukar dan oleh itu, saya terpaksa melepaskan peluang di luar negara untuk mengutamakan keperluan ibu bapa saya.

“Saya berterima kasih atas peluang yang diberikan SingPost yang tepat pada masanya untuk saya mengambil peranan kepimpinan yang menarik ini dalam membentuk fasa pertumbuhan SingPost seterusnya.

“Adalah menarik dan satu keistimewaan untuk memimpin perniagaan ikonik seperti itu, terutamanya pada masa yang berubah-ubah ini,” kata Encik Shahrin.

SingPost memberitahu The Straits Times (ST) bahawa Cik Neo telah mengemukakan peletakan jawatannya dan memberi notis pada Januari.


Secara berasingan, Cik Neo juga mengesahkan bahawa beliau akan memajukan kerjayanya dalam industri penerbangan.


SingPost merakamkan rasa terima kasih kepada Cik Neo atas sumbangan beliau semasa beliau memegang jawatan sebagai CEO perniagaan Singapura.


Syarikat itu juga memujinya atas kepimpinannya mengharungi pandemik Covid-19, meningkatkan prestasi perkhidmatan domestik, serta mengembangkan perniagaan e-dagang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >