Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Muis bangun garis pandu sijil halal daging kultur bersama SFA, industri makanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis bangun garis pandu sijil halal daging kultur bersama SFA, industri makanan

Feb 03, 2024 | 08:16 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan bekerjasama dengan agensi pemerintah seperti Agensi Makanan Singapura (SFA) dan industri pemakanan untuk membangun garis panduan bagi pensijilan halal daging kultur.

Dalam satu kenyataan pada 3 Februari, Muis menyatakan syarat untuk pensijilan halal akan meliputi kelulusan kawal selia prapasaran SFA, kebolehkesanan sel; kemudahan bebas daripada bahan cemar dan tidak halal; setiap bahan digunakan dalam penumbuhan sel, penuaian dan pemprosesan adalah halal; tiada percampuran dengan bahan tidak halal; dan pelabelan produk yang betul.

“Ini akan melibatkan perundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti SFA dan pemain industri. Garis masa akan bergantung kepada kerumitan yang terlibat dalam pensijilan produk,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas Jawatankuasa Fatwa Muis memuktamadkan penilaiannya dan mengeluarkan fatwa bahawa daging kultur secara umumnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam jika proses penghasilannya memenuhi syarat yang betul.


Menurut kenyataan Muis, panduan agama mengenai memakan daging kultur telah dibangunkan selepas SFA meluluskan penjualan produk tersebut di Singapura pada 2020.

“Ini (panduan agama) akan menjadi penting untuk sebarang rancangan masa depan untuk pensijilan halal daging kultur, bagi memudahkan orang Islam membuat pilihan yang dimaklumi mereka sendiri sama ada untuk mengambil produk tersebut, berdasarkan keutamaan diet mereka,” jelas Muis dalam kenyataan tersebut.

Tambah Muis, Jawatankuasa Fatwa yang disokong oleh Pejabat Mufti menjalankan penyelidikan dalaman sendiri mengenai makanan baru dan daging kultur, serta berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti SFA, pemain industri dan saintis.

Jawatankuasa Fatwa juga melawat kemudahan pengilangan tempatan yang menghasilkan daging kultur untuk melihat secara langsung bagaimana daging tersebut dihasilkan.

Menurut Muis: “Memandangkan bidang makanan baru masih berkembang, kedudukan keilmuan Islam dalam bidang ini masih terhad. Jawatankuasa Fatwa membuat penilaian sendiri berdasarkan prinsip Islam yang kukuh dan pertimbangan kontekstual mengenai realiti sosioagama Singapura.”

Pada masa ini, mana-mana daging kultur disahkan halal yang dihasilkan di Singapura hanya untuk jualan dan penggunaan tempatan. Eksport hanya boleh dilakukan jika rangka kerja kawal selia untuk daging kultur diwujudkan dalam pasaran eksport tersebut.

Sekilas mengenai daging kultur

Apakah daging kultur?


  • Daging kultur ialah sumber alternatif daging yang dihasilkan dengan menumbuh sel haiwan secara langsung.
  • Ia diperbuat daripada jenis sel yang boleh disusun dalam struktur yang sama atau serupa dengan tisu haiwan, sekali gus meniru profil pemakanan daging konvensional.
  • Ia boleh menjadi sumber daging alternatif kepada daging haiwan ternakan yang diperoleh secara konvensional.

Bagaimana daging kultur dihasilkan?


  1. Pertama, sel diperoleh secara langsung daripada haiwan.
  2. Kedua, sel ditanam dalam bioreaktor pada suhu terkawal dan dibekalkan dengan nutrien.
  3. Ketiga, ramuan ditambah untuk memberikan rasa, tekstur dan dijadikan produk akhir melalui proses pembuatan makanan biasa.
  4. Daging kultur dijual seadanya atau dicampur dengan bahan lain.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >