Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Nahas dirempuh lori di Johor: Penunggang terselamat kongsi detik kejadian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas dirempuh lori di Johor: Penunggang terselamat kongsi detik kejadian

Mar 24, 2024 | 06:54 PM



Bak berpantang maut sebelum ajal.

Encik Muhammad Mirza Zuraimi tidak dapat melupakan detik ngeri yang nyaris-nyaris meragut nyawanya, apabila beliau terlibat dalam satu tragedi jalan raya di Johor yang mengorbankan dua kawannya.

Teknisyen berusia 26 tahun itu satu-satunya penunggang yang terselamat apabila sebuah lori kontena merempuh beliau dan enam kawannya yang dalam satu konvoi menunggang ke Pagoh di Muar untuk bersahur pada 23 Mac. Empat yang lain cedera parah.

Pada asalnya konvoi itu seramai lapan penunggang, tetapi seorang terpisah apabila tayar motosikalnya pancit dan beliau mengambil keputusan berhenti di kawasan rehat Yong Peng.

Menyedari kejadian itu, baki tujuh penunggang kemudian berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 111.4 Lebuh Raya Utara-Selatan.







Encik Mirza, yang ditemui semasa pengebumian dua kawannya yang maut, Allahyarham Mohammad Shahfiq Irman dan Mohamad Firman Nordin, kedua-dua 27 tahun, di Pusara Aman pada 24 Mac, berkata beliau mengenali mereka lebih 10 tahun dan lima tahun.

Encik Mirza berkata kumpulan itu telah bertemu di sebuah stesen pam minyak SPC di Bukit Panjang lewat 11 malam, sebelum merentas sempadan.


Mereka berlapan merancang bersahur di Macap, sekitar 80 kilometer dari Singapura, pada tengah malam 23 Mac, namun bertukar rancangan ke Pagoh, yang jaraknya dua kali lebih jauh kerana ingin meneroka kawasan lebih dalam di Malaysia.

Dalam perjalanan, Encik Mirza menerima panggilan sekitar 1.44 pagi daripada seorang kawannya itu, yang berkata tayarnya pancit.

“Saya berada paling depan dalam konvoi itu. Apabila saya menoleh ke belakang, saya perasan tiada orang lain di belakang saya,” katanya.

“Saya kira mereka telah berhenti, jadi saya memutuskan untuk patah balik ke arah mereka.”

Kumpulan itu berhenti sebentar lima hingga 10 minit di lorong kecemasan untuk memutuskan sama ada pulang ke Yong Peng atau meneruskan perjalanan. Akhirnya, mereka memutuskan membantu penunggang yang tayarnya pancit.

“Apabila kami baru hendak bergerak semula, semuanya sudah pakai topi keledar, saya ternampak sebuah lori besar menuju ke arah kami dan tak berhenti,” ujar Encik Mirza, yang berada di tengah-tengah kumpulan itu ketika itu.

“Saya fikir, lori ni betul ke tak ni? Laju tau dia datang dekat kita.”


Encik Mirza berkata beliau hanya sempat menjerit dan berlari ke sebuah padang di tepi lebuh raya itu. Jeritannya tidak dapat mengelak nahas daripada menimpa. Lori itu merempuh kesemua kawannya, termasuk motosikal mereka dan motosikal Encik Mirza.







“Yang selamatkan saya ialah setiap 10 saat saya berpaling ke arah trafik untuk melihat apa yang sedang berlaku di jalan raya,” ujarnya.

Encik Mirza kemudian dibawa pulang ke Singapura oleh keluarganya dari balai polis trafik Batu Pahat.


Ketika ditanya perasaannya sebagai satu-satunya yang terselamat dalam nahas itu, beliau hanya berkata: “Sejujurnya, saya tak tahu apa yang patut saya rasakan sekarang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >