Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pakej Bantuan Perusahaan beri ruang bernafas bagi SME: DPPMS

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakej Bantuan Perusahaan beri ruang bernafas bagi SME: DPPMS

Feb 18, 2024 | 05:30 AM



Langkah-langkah di bawah Pakej Bantuan Perusahaan (ESP) untuk perniagaan dalam Belanjawan 2024 dijangka memberi ruang bernafas kepada syarikat kecil dan sederhana (SME), kata Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Ini di sebalik cabaran kos dan tenaga kerja yang mencengkam perniagaan di Singapura, khususnya SME, kata dewan itu dalam satu kenyataan menyusuli pembentangan Belanjawan 2024 oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada 16 Februari.

Di bawah Belanjawan itu, pemerintah antara lain memperkenalkan ESP berjumlah $1.3 bilion bagi perniagaan mengharungi kos yang semakin tinggi di tengah-tengah persekitaran operasi lebih mencabar.

ESP akan mempunyai tiga komponen: rebat cukai pendapatan korporat (CIT), Skim Pembiayaan Perusahaan (EFS) dipertingkat dan lanjutan Kredit Perusahaan SkillsFuture (SFEC) selama setahun hingga 30 Jun 2025.

SFEC membantu perniagaan yang ingin meningkatkan produktiviti dan mengubah tenaga kerja dengan mereka bentuk semula pekerjaan. Ia menawarkan kredit sekali sahaja hingga $10,000 untuk menampung hingga 90 peratus daripada perbelanjaan bagi tujuan itu.

Rebat CIT bagi syarikat ialah 50 peratus tetapi dihadkan pada $40,000.

Oleh kerana tidak semua syarikat mendapat keuntungan setiap tahun, sesetengahnya mungkin tidak mendapat faedah daripada skim itu.

Oleh itu, pemerintah akan membayar minimum $2,000 secara tunai kepada syarikat yang menggajikan sekurang-kurangnya seorang pekerja tempatan pada 2023.

DPPMS mengatakan rebat CIT dan bayaran tunai minimum $2,000 itu akan “meringankan tekanan kewangan” dalam tempoh segera, sekali gus membolehkan SME memberi tumpuan pada teras operasi dan pelaburan strategik.

Sokongan itu memberi isyarat kukuh kepada SME, di samping meningkatkan keyakinan perniagaan dan optimisme akan masa hadapan, tambahnya.

Bagi membantu perusahaan Singapura dari segi keperluan pembiayaan mereka, pemerintah akan meningkatkan EFS.

Di bawah peningkatan EFS, kuantum maksimum Pinjaman Modal Kerja bagi SME dipertingkat secara kekal daripada $300,000 kepada $500,000 bagi membantu SME memenuhi keperluan modal kerja dan aliran tunai operasi.

Mengalu-alukan ini, DPPMS berkata ia akan “memberi bantuan yang diperlukan bagi SME mengurus kos yang kian meningkat dan cabaran tenaga kerja”.

Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, berkata: “Rebat cukai dan pilihan pinjaman yang dipertingkat melalui EFS memberikan kelegaan segera, tetapi penting untuk perniagaan menggunakannya bagi menjana pertumbuhan pendapatan sebenar yang mapan.”

Beliau menambah bahawa usaha meningkatkan produktiviti firma dan pekerja adalah penting untuk “menangani inflasi dan memastikan pertumbuhan pendapatan mapan”.

Hala tuju belanjawan kali ini menghala ke arah itu, ujar Encik Abu Bakar.

Encik Wong juga mengumumkan Geran Kecekapan Tenaga (EEG) akan diperluas kepada lebih banyak sektor, meliputi sektor seperti pengeluaran, binaan, maritim dan pusat data, antara lain.

Sokongan itu, di samping sokongan sealiran yang diumumkan pemerintah, dapat membantu syarikat “memasuki pasaran baru dan kekal kompetitif dalam pasaran global”, ulas DPPMS.

Timbalan Presiden DPPMS, Encik Azhar Othman, berkata: “Membina keupayaan baru dan mempercepatkan transformasi adalah penting untuk daya tahan dan daya saing dalam landskap yang semakin berkembang ini.

“Langkah-langkah yang diumum menangani kebimbangan ini secara langsung, sekali gus memberi rangsangan yang dialu-alukan dan diperlukan.”

DPPMS turut menyambut baik langkah pemerintah memberi sokongan penggajian semula bagi penganggur secara tidak sengaja dan menambah baik Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS) dan Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS).

Langkah itu dapat “meningkatkan mutu tenaga kerja” dan “mengecilkan jurang kemahiran”, tambahnya.

Di bawah WIS yang ditambah baik, pekerja bergaji rendah berusia 60 tahun dan ke atas, misalnya, layak mendapat bayaran tahunan sebanyak $4,900, naik daripada $4,200 yang diberi sekarang.

Siling gaji PWCS, yang diperkenal pada 2022 di mana pemerintah membiayai bersama majikan kenaikan gaji pekerja bergaji rendah, akan dinaikkan daripada $2,500 kepada $3,000 pada 2025.

Ini seiring dengan peningkatan had pendapatan yang layak bagi Daya Kerja (Workfare).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >