Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pejabat pemerintah baru dilancar, mudahkan kerjasama rakyat-pemerintah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pejabat pemerintah baru dilancar, mudahkan kerjasama rakyat-pemerintah

Jan 19, 2024 | 07:50 PM



Sebuah pejabat pemerintah baru, yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), dilancarkan pada 19 Januari untuk memudahkan penduduk Singapura bekerjasama dengan pemerintah.

Ia bagi merangsang pelibatan orang awam dan meluaskan serta memperdalam kerjasama antara pemerintah dan warga Singapura.

Pejabat Kerjasama Pemerintah Singapura (SGPO), iaitu salah satu cadangan daripada laporan Melakar Hala Tuju Singapura, atau Forward SG, adalah perhentian pertama yang akan menghubungkan penduduk yang ingin menyumbang dengan agensi pemerintah relevan.


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang melancarkan SGPO di hotel Marriott Tang Plaza, berkata:

“Melalui Portal Kerjasama SGPO, penduduk dapat berkongsi idea mereka dan sokongan yang mereka perlukan. SGPO akan mengarahkan penyerahan mereka kepada agensi relevan, dan menyokong mereka dalam meneroka cara idea mereka boleh dibangunkan.”

Menurut satu kenyataan SGPO, portal itu boleh diakses di laman web SGPO dan berfungsi mengatur pembiayaan, perkongsian dan peluang sukarela sedia ada.

Encik Wong, yang disertai Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, berkata salah satu faktor utama di sebalik kejayaan Singapura ialah kerjasama yang terjalin antara pelbagai pihak berkepentingan bagi menuju ke arah bersama.

“Ambil contoh kerjasama tiga pihak. Kami mempromosikannya sebagai cara untuk kesatuan sekerja, perniagaan, pekerja dan pemerintah bekerjasama rapat antara satu sama lain, bagi menggalak pertumbuhan ekonomi dan memastikan semua orang mendapat manfaat,” ujar Encik Wong.

Menukil kesan Covid-19 sebagai contoh, beliau berkata pandemik itu menjejas mata pencarian ramai pekerja.

“Pemerintah melancarkan pelbagai skim bantuan tetapi kesatuan sekerja yang memainkan peranan penting dalam mendekati mereka yang paling terdedah, termasuk pekerja sendiri dan pekerja bebas kami.

“Mereka (kesatuan sekerja) juga mengetuai menganjurkan pameran pekerjaan bagi membantu mereka yang diberhentikan kerja untuk mencari pekerjaan alternatif,” tambah Encik Wong.

Beliau berkata walaupun pelbagai platform sudah wujud untuk agensi pemerintah bekerjasama dengan kumpulan masyarakat, mungkin sukar bagi orang ramai mengetahui agensi mana yang mereka boleh dekati.

Justeru, kewujudan SGPO akan menjadikan bekerjasama dengan pemerintah lebih lancar dan mudah, katanya.

Pemerintah dan rakyat yang bekerjasama lebih rapat akan membantu negara ini mencapai lebih banyak, tambah Encik Wong. Usaha memperluas dan memperdalam kerjasama sebegitu ialah strategi utama kompak sosial yang ditetapkan di bawah Melakar Hala Tuju Singapura.


“Pelancaran Pejabat Kerjasama Pemerintah Singapura menandakan satu lagi kejayaan dalam usaha kami untuk memperdalam semangat perkongsian yang telah membawa kami sejauh ini sebagai sebuah negara.

“Saya yakin jika kita boleh menggalak lebih ramai orang melakukan bahagian mereka, kita boleh memupuk rasa persaudaraan dan kepercayaan lebih kukuh, dan membina masyarakat lebih baik dan bersatu untuk masa depan,” kata Encik Wong.

Majlis pelancaran SGPO dihadiri sekitar 150 tetamu, dengan kebanyakan mereka merupakan individu yang telah membantu membentuk dasar dalam industri masing-masing.


Antara penyampai yang berkongsi pengalaman mereka bekerjasama dengan agensi pemerintah ialah Encik Mohamed Yasser Amin Habib, ketua pegawai untuk Stridy, pertubuhan bukan mencari untung yang mempromosikan usaha kemampanan alam sekitar; serta Cik Shuyin Lin, pengasas dan pengarah eksekutif 3Pumpkins, satu pertubuhan pembangunan masyarakat amal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >