Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Usaha siswa SUSS bersih pantai demi jaga alam sekitar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha siswa SUSS bersih pantai demi jaga alam sekitar

Jan 19, 2024 | 05:43 PM



Pengalamannya melihat pantai di Taman East Coast yang dipenuhi sampah mendorong Encik Mohamed Yasser Amin Habib mengambil bahagian dalam kegiatan dan perbualan tentang kelestarian dan alam sekitar, termasuk menganjurkan usaha membersih pantai.

Penglibatannya dalam ruang alam sekitar itu membuka pintu peluangnya bekerja di sebuah pertubuhan bukan mencari untung yang mempromosikan usaha kemampanan alam sekitar, Stridy.

Sambil menggalas tugas sebagai ketua pegawai Stridy, Encik Yasser, 27 tahun, juga merupakan ketua bersama untuk daya utama Kementerian Pembangunan Negara (MND) dipanggil #EastCoastBeachPlan.

Inisiatif itu menumpukan perhatian kepada menangani isu pengurusan sisa seperti membuang sampah sembarangan, serta meningkatkan kesedaran rakyat tentang pemeliharaan alam sekitar.

Encik Yasser, yang juga seorang mahasiswa separuh masa di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), mengakui usaha menyebar mesej pemeliharaan alam sekitar semakin senang apabila beliau bekerjasama dengan individu berfikiran sama dan agensi pemerintah.

“Kita semua tahu tindakan individu adalah penting, tetapi apa yang benar-benar diperlukan untuk perubahan besar ialah tindakan kolektif. Dan saya percaya bahawa tindakan kolektif berlaku hanya apabila kita bekerjasama dengan individu atau badan lain,” jelasnya.

Beliau merupakan salah seorang penyampai yang berkongsi pengalaman tentang bekerjasama dengan agensi pemerintah di majlis pelancaran Pejabat Kerjasama Pemerintah Singapura (SGPO) yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 19 Januari di hotel Marriott Tang Plaza.

Antara kerjasama itu termasuk projek yang melibatkan Lembaga Taman Negara (NParks) dan saluran pendidikan berasaskan sains ‘Just Keep Thinking’, untuk mewujudkan papan tanda di Taman East Coast yang menasihati orang awam apa yang patut dan tidak patut dilakukan ketika membersihkan pantai.

Satu lagi kerjasama serupa ialah kempen ‘Clean It Forward’, yang dibangunkan Stridy dan Majlis Kebersihan Awam (PHC), bagi menggalakkan penduduk mengutip sampah sambil menggunakan aplikasi mudah alih Stridy yang merakam jarak dilalui serta jumlah dan jenis sampah yang dikumpul.

Ketika beliau bermula bekerja di Stridy tiga tahun lalu, Encik Yasser berpendapat bahawa jangkaan orang ramai ialah usaha membersih hanya boleh dilakukan di pantai sahaja.

“Kini, saya memperhatikan orang awam menganjurkan usaha membersih sendiri bersama rakan mereka di pusat penjaja dan tempat meletak kereta, dan inilah apa Stridy mahukan.

“​​Kami jelas melihat jurang yang menunjukkan penduduk tidak mempunyai inisiatif berskala di kawasan bandar dan di persekitaran rumah mereka.

“Amat sukar untuk Stridy memacu daya utama pembersihan pada mulanya, tetapi sekarang, dengan kerjasama yang kami telah jalin, kami mula melihat lebih ramai anggota masyarakat dan individu menganjurkan sendiri usaha membersih,” kongsi Encik Yasser.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >