Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pekerja pertengahan kerjaya boleh manfaat kredit SkillsFuture $4,000 mulai 1 Mei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja pertengahan kerjaya boleh manfaat kredit SkillsFuture $4,000 mulai 1 Mei

Mar 01, 2024 | 08:04 PM



Mulai 1 Mei, pekerja pertengahan kerjaya berusia 40 tahun dan ke atas boleh mula menggunakan Kredit SkillsFuture (Pertengahan Kerjaya) sebanyak $4,000 untuk membayar yuran bagi sekitar 7,000 kursus sepenuh masa dan sambilan terpilih, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE) pada 1 Mac, Encik Chan berkata tempoh tambah nilai itu, yang merupakan sebahagian daripada Program Peningkatan SkillsFuture, tidak akan tamat.

Warga Singapura juga boleh menggunakannya pada bila-bila masa untuk meningkatkan kemahiran.

“Kredit $4,000 ini ditujukan untuk meningkatkan kebolehpasaran. Ia tidak akan luput, jadi anda boleh gunakannya pada bila-bila masa yang diperlukan yang sesuai dengan anda,” kata Encik Chan.

Tambah nilai itu boleh digunakan untuk diploma, pascadiploma, ijazah sarjana muda dan possiswazah yang diiktiraf dengan baik di pasaran serta modul lebih pendek yang boleh menambah nilai kepada kelayakan penuh.

Ia juga boleh digunakan untuk latihan khusus industri seperti Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture (SCTP) dan kursus yang memenuhi keperluan latihan dalam sektor Model Gaji Progresif.

“Program Peningkatan SkillsFuture akan memerlukan pemerintah membelanja tambahan sekitar $100 juta setiap tahun, dan lebih banyak lagi jika terdapat pengambilan lebih kukuh.

“Ini adalah pelaburan besar oleh pemerintah dan menekankan komitmen kami kepada SkillsFuture sebagai tunggak utama kompak sosial kami,” kata Encik Chan.

Bagi warga Singapura berusia 40 hingga 60 tahun yang menerima tambah nilai $500 pada 2020, dan belum menggunakannya sepenuhnya, bakinya akan digabungkan dengan tambah nilai pertengahan kerjaya baru. Bakinya juga tidak akan luput.

Pemerintah akan menyediakan elaun latihan untuk warga Singapura berusia 40 tahun dan ke atas yang mengikuti kelayakan institut pengajian tinggi sepenuh masa, atau SCTP sepenuh masa.

“Kami tahu bahawa yuran kursus bukanlah satu-satunya kekangan dalam peningkatan kemahiran. Pekerja dewasa mungkin mempunyai komitmen dan kebimbangan kewangan lain.

“Adalah sukar mengambil cuti kerja untuk meningkatkan kemahiran, dan kehilangan pendapatan semasa tempoh latihan,” kata Encik Chan.

Individu yang layak akan menerima elaun sebanyak 50 peratus daripada purata pendapatan bulanan mereka selama setahun, dihadkan pada $3,000 sebulan, sehingga 24 bulan sepanjang hayat mereka.

Individu, termasuk yang bekerja sendiri dan pekerja bebas, juga akan menerima elaun tersebut selagi mereka memperoleh pendapatan berdasarkan rekod pemerintah dalam tempoh 12 bulan terkini yang tersedia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >