Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pelan kepimpinan baru SUTD dilaksana pada separuh kedua 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelan kepimpinan baru SUTD dilaksana pada separuh kedua 2024

Mar 11, 2024 | 07:39 PM



Rancangan kepimpinan baru Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) akan dilaksana pada separuh kedua 2024.

Di bawah struktur kepimpinan baru itu, Profesor Phoon Kok Kwang, yang kini merupakan Provos SUTD, akan mengambil alih sebagai Presiden universiti itu.

Beliau akan dibantu oleh Professor Tai Lee Siang, yang kini mengetuai Seni Bina dan Reka Bentuk Mampan (ASD), dalam peranan barunya sebagai Timbalan Presiden/Ketua Pegawai Inovasi dan Perusahaan (CIEO).

Pencarian antarabangsa juga telah dimulakan untuk mengisi jawatan Provos/Ketua Pegawai Akademik & Inovasi (CAIO), iaitu peranan yang juga akan ditakrifkan semula sebagai sebahagian daripada SUTD Leap.


Mengulas mengenai perubahan kepimpinan yang akan berlaku Pengerusi SUTD, Encik Lee Tzu Yang berkata:

“Pelantikan Profesor Phoon Kok Kwang sebagai Presiden dan Professor Tai Lee Siang sebagai Timbalan Presiden adalah sangat penting.

“KK (Profesor Phoon) sangat dihormati sebagai perintis dalam geoteknik berpusatkan data, dan pemenang beberapa anugerah tertinggi dalam kejuruteraan awam, seperti Anugerah Alfredo Ang Persatuan Jurutera Awam Amerika dan Pingat Norman (dua kali).”

“Professor Tai Lee Siang pula adalah tokoh yang dihormati dalam dunia seni bina dan kemampanan, telah menerajui Majlis Bangunan Hijau Sedunia, dan memegang jawatan kepimpinan utama dalam Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA),” tambah Encik Lee.

Selaras dengan SUTD Leap, universiti juga melancarkan wawasan barunya pada 11 Mac, iaitu ‘Menjejaki Dunia yang Lebih Baik Melalui Reka Bentuk’.


Presiden SUTD, Professor Chong Tow Chong, yang telah berkhidmat bersama universiti itu sejak penubuhannya pada 2009, berkata:

“Apabila kami menubuhkan SUTD 15 tahun lalu, kami menghadapi masa yang sukar untuk meyakinkan ibu bapa supaya memasukkan anak mereka ke SUTD.

“Kami bukan sahaja universiti baru, bahkan universiti yang tidak konvensional, dengan ijazah dan struktur kurikulum yang baru.

“Kami akan terus mentakrifkan semula reka bentuk, pendidikan dan penyelidikan, dan bekerjasama dengan industri untuk memupuk pemimpin yang menerima risiko secara berterusan untuk mereka hari esok yang lebih baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >