Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah pengekodan percuma SUTD tarik 3,000 pemohon untuk pengambilan pertama

Sep 05, 2023 | 07:13 PM



Satu-satunya sekolah pengekodan percuma di Singapura mendapat sambutan memberangsangkan apabila 3,000 pemohon bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kumpulan pelajar pertamanya.

Selepas proses pemilihan yang ketat, kohort sulung seramai 190 pelajar akan memulakan persekolahan minggu ini di 42 Singapore (42SG), yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).

Para pelajar, yang berusia antara 18 dengan 60 tahun, melalui program latihan intensif selama 26 hari sebelum mereka diterima masuk.

Universiti itu, yang melancarkan premis 42SG Selasa, berkata dalam satu kenyataan bahawa tawaran dibuat kepada 200 pemohon, dengan kira-kira 96 ​​peratus daripada mereka menerimanya.

SUTD berkata bilangan itu 25 peratus lebih ramai berbanding 150 pelajar yang dijangka pada mulanya bagi pengambilan pertama.

42SG, yang dibuka kepada sesiapa sahaja yang berusia 18 tahun dan ke atas tanpa mengira kelayakan akademik terdahulu mereka, bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemahiran paling diperlukan bagi pekerjaan dalam sektor infokom dan teknologi (ICT).

Pelajar lelaki warga Singapura perlu menamatkan perkhidmatan negara.

Program itu menawarkan modul dalam bidang pengekodan, pengaturcaraan komputer, keselamatan siber, infrastruktur rangkaian, sains data dan banyak lagi.

Dimodelkan selepas Ecole 42 di Paris, sebuah sekolah perintis bagi pembelajaran secara berkumpulan yang diasaskan pada 2013, 42SG tidak mempunyai sebarang guru atau kuliah.

Sebaliknya ia menawarkan pembelajaran berasaskan projek secara praktikal sepenuhnya dalam persekitaran berbentuk permainan.

Dihoskan di kampus SUTD, premis 42SG adalah seluas 880 meter persegi, dan menempatkan 150 terminal komputer yang telah dikonfigurasikan serta dipautkan khas kepada jaringan komputer 42 Paris untuk mentadbir program tersebut.

Dengan ini, Singapura menyertai 28 negara lain dalam rangkaian 42 dengan lebih 18,000 pelajar.

Disokong oleh SkillsFuture Singapore dan sumbangan $600,000 daripada rakan industri 42SG foodpanda, program itu tidak mengenakan yuran pengajian.

SUTD berkata pelajar dalam kumpulan perintis itu datang daripada semua lapisan masyarakat. Kira-kira satu pertiga bekerja sepenuh masa, manakala satu pertiga lagi kini tidak bekerja dan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan kemahiran diri.

Selebihnya ialah pelajar, mereka yang bekerja sambilan atau pesara.

Hampir separuh daripada pelajar tidak mempunyai ijazah, dan kira-kira separuh juga tidak mempunyai pengalaman pengekodan sebelumnya.

Mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi yang terlibat dalam menjayakan 42SG, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang menghadiri majlis perasmian pada Selasa, berkata:

“Mudah bagi kami mencuba dan melakukan lebih banyak kaedah yang telah teruji untuk mengendalikan pendidikan seperti yang kami lakukan pada masa lalu, tetapi adalah lebih mengagumkan bagi kebanyakan anda untuk berganding bahu dengan kami untuk terus mencuba perkara baru.”

Beliau menambah, program itu menggambarkan konsep meritokrasi berterusan, yang lebih mementingkan kemahiran daripada kelayakan dan rekod lampau.

Encik Mohamed Syafik Mhd Isa, 33 tahun, seorang jurulatih bebas, berkata menyertai 42SG adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup.

“Saya berminat mempelajari sains data, tetapi terus menangguhkannya kerana saya perlu bekerja dan tidak mempunyai masa.

“Kemudian saya menjumpai sekolah ini, dan itulah yang sedang saya cari,” katanya.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman pengekodan, Cik Louisa Nonis, 28 tahun, pula menyertai 42SG kerana minatnya dalam forensik digital.

“Semua orang berada di sini untuk belajar dan berkongsi tanpa mengira latar belakang... Saya rasa ada ruang untuk merapatkan bidang yang berbeza dan akan ada lebih banyak peluang antara disiplin,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >