Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Perlu penglibatan menyeluruh bagi membangun budaya kesaksamaan jantina di S’pura: NMP Razwana

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu penglibatan menyeluruh bagi membangun budaya kesaksamaan jantina di S’pura: NMP Razwana

Apr 02, 2024 | 08:47 PM



Terdapat keperluan untuk penglibatan yang penuh rasa hormat, berkesan dan menyeluruh dengan kaum Adam bagi membina budaya kesaksamaan jantina di Singapura.

Budaya kesaksamaan jantina boleh membantu membawa manfaat yang ketara kepada Singapura sebagai sebuah negara. 

Antaranya, ia dapat membantu mewujudkan masyarakat di mana hubungan antara setiap orang, termasuk antara lelaki dengan wanita, adalah berdasarkan rasa hormat, keadilan dan kesaksamaan, dan bukannya pada norma dan stereotaip berasaskan kuasa yang lapuk dan berbahaya.

Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Profesor Madya Razwana Begum, berkata demikian semasa membentangkan usul penangguhan bertajuk Membina Budaya Kesaksamaan Jantina di Parlimen pada 2 April.


“Kedua-dua lelaki dan wanita dapat meraih manfaat daripada kesaksamaan jantina, dan kedua-dua lelaki dan wanita juga mengalami ketidaksamaan jantina.

“Dan, yang penting, kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai peranan untuk menangani ketidaksamaan jantina.

“Wanita tidak dapat menyelesaikan ketidaksamaan jantina tanpa lelaki, dan lelaki tidak dapat menyelesaikan ketidaksamaan jantina tanpa wanita.

“Kita perlu mengadakan perbincangan dengan kaum lelaki tentang jantina dan ketidaksamaan jantina, dan jadikan mereka sebagai penyumbang yang sama semasa kita membina budaya kesaksamaan jantina,” kata Profesor Razwana.

Beliau berkata kegagalan untuk melakukan sedemikian bermakna mereka hanya akan berasa terpinggir.

Dalam mengemukakan usul penangguhan itu, Dr Razwana telah berkongsi beberapa saranan antaranya termasuk mengadakan perbincangan yang mendalam tentang isu ini serta perlu adanya golongan Adam yang mampu menjadi role model dan duta terhadap memperjuangkan kesaksamaan jantina.


Dalam pada itu, Dr Razwana turut mengusulkan agar adanya Rangka Kerja Kesaksamaan Jantina Kebangsaan yang akan membuka ruang bagi mencapai kesaksamaan jantina di sini.

“Rangka Kerja Kebangsaan ini akan melengkapkan komitmen dasar sedia ada kepada wanita, dan mengandungi dasar keseluruhan pemerintah dan panduan amalan untuk memerangi norma dan stereotaip jantina yang tidak membantu atau berbahaya, dan memperkasakan wanita dan lelaki untuk mencapai potensi penuh mereka dalam masyarakat yang inklusif.

“Yang penting, rangka kerja itu juga akan memperincikan bagaimana kaum lelaki, dan wanita, dari semua peringkat umur dan latar belakang akan terlibat secara bermakna dalam pembangunan dan pelaksanaan Rangka Kerja yang berterusan,” tambahnya.

Dalam responsnya, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, turut akur mengenai keperluan untuk mendengar lelaki, dan melibatkan serta menyokong mereka untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Beliau berkata: “Lelaki sama-sama dikekang oleh jangkaan masyarakat tentang bagaimana mereka harus berkelakuan di rumah atau di tempat kerja.

“Kita harus mengiktiraf keperibadian dan kepelbagaian setiap orang supaya lebih ramai lelaki dan wanita dapat diperkasakan untuk merealisasikan aspirasi mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >