Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis siasat kumpulan berarak ke Istana sokong Palestin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat kumpulan berarak ke Istana sokong Palestin

Feb 13, 2024 | 09:48 PM



Polis sedang menyiasat kemungkinan salah laku di dua acara berasingan yang diadakan pada 2 Februari di sini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 13 Februari, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pada sekitar 2 petang 2 Februari lalu, sekumpulan 70 individu telah berkumpul di Orchard Road dan berarak ke Istana.

Mereka memegang payung bercorak semangka yang merupakan simbol penentangan dan perpaduan Palestin, untuk mempamerkan sokongan mereka terhadap perjuangan Palestin.

“Mereka mungkin melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Ketenteraman Awam 2009 kerana menganjurkan perhimpunan awam tanpa permit, kerana Istana adalah kawasan sensitif dari segi keselamatan dan ditetapkan sebagai Kawasan Larangan di bawah Perintah Ketenteraman Awam (Kawasan Larangan) 2009.

“Beberapa laporan polis telah dibuat oleh orang awam terhadap perarakan ini. Tambahan pula, tindakan mereka menyokong perjuangan politik negara lain dan berpotensi mencetuskan ketegangan dan membawa kepada kekacauan awam,” kata kenyataan polis itu.

Polis juga berkata ia telah menerima laporan daripada orang awam berhubung video dalam talian mengenai acara peribadi yang dianjurkan pada 2 Februari sekitar jam 7.30 malam.

Dalam video itu, seorang subjek dilihat menyiar secara langsung secara terbuka dan melaungkan From the River to the Sea dan orang lain melaungkan ‘Palestin akan bebas’.


“Ungkapan From the River to the Sea dikaitkan dengan seruan untuk kemusnahan negara Israel.


“Penggunaan frasa sedemikian boleh membawa kepada ketegangan kaum dalam masyarakat kita dan mungkin merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 298A(a) Kanun Keseksaan 1871. Kita juga tidak boleh menerima seruan untuk keganasan,” kata polis.

“Keamanan dan keharmonian yang kita ada antara pelbagai kaum dan agama di Singapura tidak boleh dipandang remeh. Kita tidak boleh membiarkan peristiwa yang berlaku secara luaran menjejas keadaan dalaman di Singapura,” tambah kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, polis mengesahkan mereka mengetahui tentang keinginan untuk lakukan bantahan terhadap Israel dalam konfliknya dengan Hamas, seperti berkumpul dan menampal pelekat mengenai konflik itu, pada Pertunjukan Udara Singapura yang akan datang.

“Memandangkan ketegangan yang meningkat akibat konflik Israel-Hamas, polis menilai bahawa terdapat kebimbangan keselamatan dan keselamatan awam yang berkaitan dengan perhimpunan awam dan perarakan yang berkaitan dengan konflik itu.

“Memandangkan sensitiviti topik dan keadaan yang tidak menentu di Gaza, terdapat risiko nyata bahawa perhimpunan dan perarakan sedemikian boleh menimbulkan kekacauan dan ketegangan awam antara masyarakat yang berbeza di Singapura,” kata polis.

Pihak polis turut mengingatkan bahawa menampal sebarang poster, plakad atau dokumen lain termasuk pelekat, pada mana-mana hartanah, tanpa kebenaran, adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pelbagai (Ketenteraman Awam dan Kacau ganggu) 1906.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >