Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Qari, qariah antarabangsa hidupkan malam Nuzul Al-Quran di Jamiyah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMIYAH SINGAPURA

Qari, qariah antarabangsa hidupkan malam Nuzul Al-Quran di Jamiyah

Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Alunan bacaan qari dan qariah antarabangsa akan diperdengarkan pada Majlis Nuzul Al-Quran Antarabangsa 2024 anjuran Jamiyah Singapura.

Menjelaskan, Naib Presiden I dan Ketua Pegawai Operasi Jamiyah, Encik Jaffar Mydin, berkongsi:

“Al-Quran adalah sumber petunjuk bagi umat Islam, memberikan kita pengetahuan dan hikmah yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang sebenar.

“Oleh itu, sesuai bagi kita memperingati peristiwa penting Nuzul Al-Quran ini untuk mendalami pemahaman dan penghargaan kita terhadap kitab suci ini.”

Menurutnya, qari dan qariah yang diundang dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Mesir akan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dengan cara mujawwad dan tarannum yang pelbagai.


Antara mereka ialah Sheikh Mohamed Elmongy, dari Mesir. Beliau adalah imam di Masjid Fatimah Al-Maqhawy, Kuwait, yang mempunyai Sijil A’aliyat Al-Qiraat (tujuh Qiraat) dan merupakan ahli Pengkaji Al-Quran di bawah kerajaan Kuwait. Gaya bacaan Al-Quran beliau serupa dengan Sheikh Mishary Rashid Alafasy.

Barisan qari dan qariah lain pula pernah menjadi juara tilawah peringkat kebangsaan dan antarabangsa, serta guru-guru Al-Quran yang ternama dan dihormati.

Mereka ialah Ustaz Aiman Ridhwan, Ustaz Amirahman Abas dan Ustazah Nor Hidayah Abdul Rahman (semua dari Malaysia); Ustaz Husaini Mahmur, Ustaz Dasrizal M. Nainin, Ustaz Syamsuri Firdaus dan Ustazah Yuni Wulandari (semua dari Indonesia); dan Ustaz Muhammad Sadid Abdul Latif (Singapura).

Orang ramai diajak hadir dalam majlis yang akan diadakan pada 28 Mac selepas solat tarawih, 9.45 malam di Pusat Islam Jamiyah.

Seramai 500 pendaftar pertama akan menerima Beg Barakah berisi Al-Quran dan barangan lain. Bagi memudahkan perjalanan ke majlis itu, Jamiyah akan menyediakan khidmat bas percuma dari tempat-tempat tertentu. Tempat meletak kereta awam terdekat di Guillemard Crescent.

Jamiyah mengatur pelbagai program dan kegiatan, termasuk khidmat sebagai pusat mengumpul zakat. Ia mengagihkan zakat kepada lapan asnaf melalui program dan perkhidmatannya termasuk Darul Syifaa dan Darul Islah, program menyokong dan membantu mualaf, bank makanan serta program kemasyarakatan dan pendidikan.

Anggota masyarakat boleh menunaikan zakat bersama Jamiyah Singapura dengan mengunjungi pusat-pusat Jamiyah atau hubungi talian 9720-5001 untuk perkhidmatan ‘Mobile Amil’, atau Amil Bergerak. Wakil daripada Jamiyah akan mengambil zakat anda dari tempat yang sesuai. Butir lanjut mengenainya boleh didapatkan dengan mengimbas kod-kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >