Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rangkaian LRT Sengkang-Punggol akan dipasang sistem kesan pencerobohan landasan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian LRT Sengkang-Punggol akan dipasang sistem kesan pencerobohan landasan

Feb 24, 2024 | 02:39 PM



SBS Transit akan melaksanakan sepenuhnya sistem pengesanan pencerobohan di landasan, VAnGuard, di semua 28 stesen LRT Sengkang-Punggol pada suku kedua 2024.

Sistem itu akan memberitahu kakitangan di pusat kawalan operasi Depoh Sengkang apabila berlaku kejadian seperti penceroboh memasuki kawasan landasan atau barangan yang jatuh ke landasan.

Justeru, mereka boleh menekan butang kecemasan dan jika wajar, menghentikan kereta api.

Ini supaya penceroboh yang berada di landasan, tidak dilanggar kereta api dan juga bertujuan mempertingkat keselamatan penumpang.

Dua kemalangan maut telah berlaku dalam tempoh sedekad di sistem LRT Singapura.

Rangkaian LRT Sengkang-Punggol, yang dikendalikan oleh SBS Transit, adalah antara dua sistem LRT di sini.

Satu lagi sistem ialah Bukit Panjang LRT, yang dikendalikan oleh SMRT Trains.

Akhbar The Straits Times menyertai sesi demonstrasi VAnGuard di stesen Riviera di Punggol East pada 24 Februari sekitar 1.30 pagi, selepas tamat waktu operasi.


Sistem itu menggunakan teknologi analitik video canggih dan kecerdasan buatan (AI) yang meneliti rakaman video di kededua landasan dan platform untuk mengesan sebarang pencerobohan.

Jika sebarang pencerobohan landasan dikesan, kakitangan di pusat kawalan operasi boleh menekan butang kecemasan untuk memotong kuasa daya penarik, atau traction power. Ini akan menghentikan bekalan elektrik dan menyebabkan kereta api berhenti di laluan bulatan yang ditetapkan sementara siasatan dijalankan.


Selain pencerobohan landasan, sistem itu boleh mengesan objek yang ditinggalkan di platform stesen dan memberitahu kakitangan supaya dapat membantu penumpang atau mengambil tindakan keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SBS Transit, Encik Jeffrey Sim, 47 tahun, berkata:

“VAnGuard juga boleh mengesan penumpang yang memerlukan bantuan daripada kakitangan kami, seperti mereka yang menggunakan kerusi roda atau tongkat. 

Di sesi demonstrasi itu, SBS Transit telah menunjukkan enam senario di mana VAnGuard boleh digunakan. Ini termasuk apabila terdapat kereta sorong bayi di landasan, pekerja berbaring di landasan dan individu yang duduk di hujung platform.


Keadaan sedemikian akan mencetus lampu amaran bernyala di stesen Riviera apabila sistem VAnGuard mengesan pencerobohan landasan itu. Rakaman pencerobohan itu juga ditunjukkan di skrin. Namun, bagi tujuan demonstrasi itu, alat penggera tidak dibunyikan supaya tidak mengganggu penduduk di kawasan itu.


Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling, yang hadir di sesi demonstrasi itu berkata Punggol ialah bandar yang kian bertambah penduduknya dan lebih ramai penumpang menggunakan sistem LRT.

Justeru, adalah penting mereka mendapatkan maklumat terkini mengenai aspek keselamatan semasa menggunakan LRT.

Cik Yeo berkata platform biasanya dipenuhi orang semasa tempoh sibuk dan ada risiko orang atau barangan jatuh ke landasan.

Beliau berkata: “Punggol ialah bandar yang muda dan ada penduduknya mempunyai kanak-kanak kecil. Pada masa yang sama, kami juga meneroka cara membantu sebahagian warga lebih tua jika mereka mengalami kesukaran menggunakan sistem kereta api.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >