Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

RSAF bersedia mulakan operasi bekalan bantuan ke Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RSAF bersedia mulakan operasi bekalan bantuan ke Gaza

Mar 17, 2024 | 08:53 PM



Singapura kini akan menyertai beberapa negara Barat dan Arab lain termasuk Amerika Syarikat, Jordan, Mesir dan Jerman dalam operasi melepaskan bekalan bantuan kemanusiaan dari udara di Gaza.

Ini selepas pakej bantuan kemanusiaan ketiga dari Singapura buat penduduk Gaza tiba di Amman, Jordan, pada 15 Mac.

Menerusi satu kenyataan bersama pada 17 Mac, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata RSAF bersedia memulakan operasi melepaskan pakej bantuan kemanusiaan ke Gaza dari udara itu, berlepas dari Amman menuju ke Gaza, dengan sokongan Angkatan Bersenjata Jordan.

Pakej bantuan kemanusiaan itu mengandungi pek makanan serta bekalan kritikal termasuk bekalan dan peralatan perubatan.

Pakej tersebut disiapkan dengan rundingan rapat kerajaan Jordan, berdasarkan keperluan utama di Gaza, kata MFA dan Mindef.

Dalam kenyataannya, MFA dan Mindef menambah mereka akan terus bekerja rapat dengan rakan kerja di Timur Tengah serta rakan kerja kemanusiaan di Singapura untuk menawarkan bantuan dan sokongan tambahan kepada masyarakat yang terjejas.

“Singapura terus menyeru gencatan senjata kemanusiaan segera dan menggesa semua pihak membolehkan pemberian bantuan kemanusiaan segera, selamat dan tanpa halangan kepada orang awam yang terjejas di Gaza,” tambah kedua-dua kementerian itu lagi. 

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad telah melawat Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan pada 17 Mac bagi menyaksikan persiapan yang sedang dilakukan oleh RSAF sebelum operasi menghantar bekalan bantuan kemanusiaan itu bermula. 

Kunjungan mereka disambut Pengarah Latihan Tentera Udara Diraja Angkatan Bersenjata Jordan dan Setiausaha Agung Pertubuhan Amal Hashemite Jordan, Encik Hussein Al Shebli. 

Dr Balakrishnan berkata Singapura amat berbesar hati kepada Jordan kerana memudahkan bantuan kemanusiaan Singapura ke Gaza serta mengundang Singapura untuk menjalankan operasi menghantar pakej bantuan kemanusiaan menerusi udara.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pegawai RSAF dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang terlibat dalam misi menyelamatkan nyawa ini, sambil menyatakan bahawa ia adalah “cerminan keprihatinan dan belas ihsan rakyat Singapura terhadap rakyat Palestin di Gaza”.

“Ramai (rakyat Palestin) sedang menghadapi keadaan yang sangat sukar. Setiap bantuan kemanusiaan dari udara ini akan menyelamatkan nyawa dan akan membawa perubahan.

“Itulah sebabnya misi pada ketika ini adalah kritikal. Ia bukanlah satu penyelesaian yang lengkap. Ia tidak mencukupi tetapi setiap penghantaran dari udara ini akan meninggalkan kesan,” ujar beliau.

RSAF pada 15 Mac telah menghantar dua pesawat - Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 dan pesawat pemunggah C-130 Hercules - bersama 69 kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ke Jordan bagi misi kemanusiaan tersebut.

Pengarah eksekutif badan bantuan kemanusiaan Singapura, Mercy Relief, Encik Muhammad Ashik Mohamed Daud, berkata mereka berbesar hati untuk melanjutkan kerjasama dengan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Serantau Changi (RHCC), MFA dan badan lain untuk menyelaras dan menyumbang bekalan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.

RHCC SAF telah menerajui usaha menyelaras dan menyatukan sumbangan bekalan bantuan kemanusiaan daripada beberapa agensi termasuk Kementerian Kesihatan (MOH) dan SAF serta badan bukan pemerintah, Relief Singapore.

“Kerjasama rapat dengan rakan kongsi kami membolehkan kami mengumpulkan sumber dan menyumbang lebih banyak bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan di Gaza.

“Ini adalah sumbangan kedua Mercy Relief kepada usaha nasional ini, berikutan sumbangan bekalan penjagaan kesihatan pada November 2023,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >