Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Sekitar 77% firma S’pura akur aturan kerja fleksibel bantu tarik, kekal pekerja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 77% firma S’pura akur aturan kerja fleksibel bantu tarik, kekal pekerja

Feb 20, 2024 | 07:07 PM



Sekitar 77 peratus firma Singapura yang ditinjau pada suku keempat 2022 berpendapat aturan kerja fleksibel (FWA) membantu mereka menarik dan mengekalkan pekerja, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semasa satu dialog tentang Garis Panduan Tiga Pihak mengenai Permintaan Pengaturan Kerja Fleksibel (TG-FWAR) pada 20 Februari.

Dalam ucapan pembukaannya semasa dialog di Furama City Centre itu, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang, yang juga salah seorang pengerusi bersama Kumpulan Kerja Tiga Pihak untuk TG-FWAR, berkata terdapat persetujuan luas bahawa FWA tidak sesuai untuk semua pekerjaan.

Demikian ialah antara maklum balas yang diterima kumpulan kerja itu sejak ia dibentuk pada September 2023. Maklum balas diterima menerusi pendekatan dengan majikan, pekerja dan persatuan menerusi perbincangan kumpulan, dialog dan lawatan syarikat.

Cik Gan berkata: “Walaupun tidak semua FWA sesuai untuk semua pekerjaan, semua pekerjaan boleh merangkumi beberapa unsur fleksibiliti. FWA juga boleh membantu menarik dan mengekalkan bakat.

“Kepercayaan bersama adalah sangat penting untuk FWA berfungsi dengan betul. Topik tentang kepercayaan bersama sering timbul apabila pelbagai pihak berbincang tentang FWA,” jelas Cik Gan.

Pengerusi bersama lain untuk kumpulan kerja tersebut yang terdiri daripada Penolong Setiausaha Agung dan Pengarah U Wanita dan Keluarga, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling; dan Setiausaha Kehormat Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef), Encik Edwin Ng, turut hadir semasa dialog itu.

Dialog tersebut dihadiri kira-kira 120 tetamu terdiri daripada profesional sumber manusia (HR), majikan dan persatuan perdagangan.

Susulan ucapan Cik Gan, Encik Ng berkata, pandemik Covid-19 telah membuktikan FWA boleh dilaksanakan tetapi beliau memahami tidak semua pekerjaan sesuai dengan FWA.

“Bagi pekerjaan yang tidak sesuai dengan FWA, reaksi segera majikan adalah ia tidak mungkin untuk pekerja mereka bekerja dari rumah. Tetapi kami juga menyokong bentuk FWA lain seperti masa fleksibel dan tugasan fleksibel.

“Tetapi apa yang paling penting ialah memastikan prestasi dan produktiviti tidak terjejas apabila kami melancarkan garis panduan ini.

“Jadi kita masih perlu mengekalkan daya saing ekonomi kita. Garis panduan ini sama sekali bukan satu kompromi, tetapi kita mahu FWA dilihat sebagai alat yang boleh membantu majikan,” ujar Encik Edwin.

Menurut Cik Yeo, NTUC telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak selama 18 bulan dan melibatkan sekitar 42,000 pekerja menerusi perbincangan #EveryWorkerMatters.

Beliau menambah bahawa satu kebimbangan yang dibangkitkan semasa perbincangan tersebut berkaitan dengan pengasuhan.

“Ramai pekerja bimbang tentang bagaimana mereka boleh mengimbangi tanggungjawab mereka di tempat kerja dengan tanggungjawab pengasuhan mereka di rumah. Jadi kami berpendapat bahawa pengaturan kerja yang fleksibel akan menjadi sesuatu yang mampan untuk jangka panjang,” kata Cik Yeo.

Cik Yeo juga berkongsi bahawa menerusi satu tinjauan yang dijalankan kumpulan kerja itu, mereka mendapati sekitar 90 peratus pekerja wanita ingin terus bekerja serta pengasuh wanita yang ingin kembali ke tenaga kerja selepas melihat kesan pengaturan kerja yang fleksibel.

MOM berkata garis panduan itu akan dilancarkan dalam masa terdekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >