Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Sifat cintai haiwan, berbakti kepada masyarakat dikenang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Sifat cintai haiwan, berbakti kepada masyarakat dikenang

Allahyarhamha Nur Aisyah Md Akbar, yang menemui maut selepas jatuh dari tebing di New York, selamat dikebumi
Dec 27, 2023 | 09:29 PM



Allahyarhamha Nur Aisyah Md Akbar, yang terkenal dengan kelembutan hatinya, tidak pernah ingin menyakiti, walau sekecil lipas sekalipun.

Cik Pereira Juliana Gabrielle Amelia menggambarkan arwah kakak iparnya dengan penuh kasih sayang, mengimbas sifat beliau yang sangat mencintai haiwan hingga enggan membunuh seekor lipas di biliknya.

Allahyarhamha, 39 tahun, dikatakan tergelincir dan jatuh dari tebing kira-kira 30 meter (sekitar lapan tingkat) pada 22 Disember sehingga meragut nyawanya di New York, Amerika Syarikat.

Allahyarhamha juga disifatkan sebagai ringan tulang – menyelamatkan dan menjaga 40 kucing terbiar dan menghulurkan bantuan kemanusiaan merentasi sempadan.

Cik Pereira, adik bongsu Encik Abdul Rauf Mohd Said, suami Allahyarhamha, ialah antara 100 pelawat yang menghadiri pengebumian arwah di Pusara Aman pada 27 Disember setelah jenazahnya dibawa pulang ke Singapura melalui penerbangan Singapore Airlines yang tiba pada hari yang sama.

“Kebaikan Allahyarhamha bersinar terang dalam setiap percakapan dan tindakannya, menyentuh kehidupan ramai orang. Saat ibu saya pertama kali berjumpa dengannya, beliau dengan segera dan tulus menyambutnya sebagai menantu yang tercinta,” ujar Cik Pereira, 30 tahun, seorang ejen hartanah.

Berita pemergian Allahyarhamha Nur Aisyah juga diterima dengan kesedihan oleh Encik Nabil Alkhred, mutawif yang membimbing beliau semasa menunaikan umrah pada 2022, dalam satu catatan Facebook pada 26 Disember:

“Selama 13 tahun menjadi seorang mutawif, saya telah mengalami pelbagai pengalaman, menyantuni ribuan jemaah... Namun, di antara banyak jemaah yang saya bimbing, ada satu seorang jemaah yang lain daripada yang lain.

“(Allahyarhamha) mempunyai kecintaan yang luar biasa terhadap kucing. Terkejutnya saya apabila (Allahyarhamha) sampai di Tanah Suci, tunjukkan satu beg berukuran anggaran 30 hingga 40 kilogram yang dipenuhi dengan makanan kucing.”

Beliau turut menceritakan bagaimana pasangan itu akan memberi makanan kepada kucing terbiar di Masjidil Haram selepas solat dan juga mencari kucing yang sakit untuk memberi rawatan perubatan, walaupun dengan kos tinggi.

Minat peribadinya dalam kebajikan haiwan mendorong Allahyarhamha Nur Aisyah menyokong pelbagai yayasan dan tempat perlindungan haiwan, termasuk Persatuan Cegah Kekejaman ke atas Binatang (SPCA) dan Pak Mie Shelter, tambah Cik Pereira.

“Encik Abdul Rauf dan Allahyarhamha juga telah banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat Muslim di Karnataka, India.

“Salah satu sumbangan yang luar biasa ialah pembelian mesin jahit untuk seorang anak perempuan dan ibunya yang memerlukan. Mesin jahit itu telah membantu mereka menyara kehidupan sehingga kini, kerana kini mereka dapat mengambil upah menjahit di kampung,” kata Encik Mohamad Farhan Anas, Timbalan Pengarah dan Ketua Pemasaran dan Komunikasi di firma pelaburan hartanah, Noble Sky International.

Firma itu dikendalikan Allahyarhamha bersama Encik Abdul Rauf.

Malah, Masjid Al-Noor di Karnataka turut mengadakan majlis tahlil sebagai menghargai dan mengenang jasa baik Allahyarhamha di kampung tersebut.

Jenazah Allahyarhamha Nur Aisyah selamat dikebumikan di Pusara Aman sekitar 12 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >