Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tiada unsur khianat berhubung kematian warga S’pura di New York

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada unsur khianat berhubung kematian warga S’pura di New York

Dec 26, 2023 | 05:05 PM



Tiada unsur khianat yang “jelas” berlaku dan Jabatan Polis New York (NYPD) telah menyifatkan kematian Allahyarhamha Nur Aisyah Md Akbar, 39 tahun, sebagai satu kemalangan.

Demikian dinyatakan suami arwah, Encik Abdul Rauf Mohd Said, 41 tahun, dalam satu hantaran di Facebook pada 25 Disember sebagai respons kepada desas-desus mengenai apa yang berlaku semasa kejadian.

Pengasas bersama firma pelaburan hartanah Noble Sky International yang dikendalikan bersama Cik Nur Aisyah itu berkata:

“Sebelum keadaan menjadi lebih padat dan sibuk, saya ingin ambil peluang untuk memberikan… orang ramai maklumat yang diperlukan bagi meredakan keraguan anda semua.”

Menurut Encik Abdul Rauf, beberapa warganet meragui kisah yang dinyatakan beliau sebelum ini.

Dalam kejadian itu, isterinya tergelincir di tepi tebing lalu jatuh dari ketinggian lebih kurang 30 meter (sekitar lapan tingkat) pada 22 Disember sehingga meragut nyawanya.

Pada hari kejadian, mereka sedang bersiar-siar di Taman Simpanan Minnewaska di New York, Amerika Syarikat.

Menurut hantaran Encik Abdul Rauf di media sosial sebelum ini, kakitangan perubatan cuba menyedarkan arwah apabila mereka tiba di tempat kejadian namun gagal mendapatkan denyutan nadi.

Selama tiga jam mereka cuba mengeluarkan arwah dari tempat beliau terjatuh.

Arwah kemudian dibawa ke hospital terdekat, dan disahkan meninggal dunia.

Berita Harian (BH) telah menghubungi Syerif Ulster County – yang bertanggungjawab ke atas daerah di mana terletaknya taman simpanan tersebut – dan NYPD bagi butiran lanjut.


Namun setakat ini, pihak kami masih menanti jawapan mereka.

Sementara itu, bagi Encik Abdul Rauf pula, beliau menjelaskan adalah kegiatan lumrah bagi beliau dan isteri untuk “menyingkap kembali apa yang telah dikecapi” sepanjang tahun dan menetapkan matlamat bagi tahun seterusnya, memandangkan kini sudah sampai ke penghujung 2023.

“Keindahan Taman Simpanan Minnewaska sememangnya sukar saya gambarkan. Kami mendapati bahagian taman yang sesuai untuk duduk, ambil gambar… suhu berada di paras sifar pada waktu itu dan permukaan beku dan berbatu.

“Anda perlu berjalan dengan berhati-hati bagi memastikan keselamatan anda,” kata beliau.

Menurut beliau, beliau dan isteri merakam banyak gambar dan video pada waktu itu dan “tidak akan memuat naik semua gambar dan video” kejadian bagi menjaga privasi mereka.

“Saya telah menunjukkan pihak polis gambar dan video yang berlaku sejurus sebelum beliau terjatuh dan apabila saya menuju ke hadapan selepas melihat beliau tergelincir.

“Video dan gambar sedemikian telah pun diperiksa oleh penyiasat dan sudah jelas tiada unsur khianat yang berlaku.

“Pihak polis tidak mengambil masa yang lama untuk memutuskan punca kematian adalah atas sebab kemalangan selepas melihat rakaman terbabit,” ujarnya.

Menurut Encik Rauf, beliau cuba turun ke bawah untuk berada di samping arwah tetapi kerana permukaan beku dan tapak kasut beliau membuatnya licin, ia tidak selamat baginya untuk turun.

“Setiap beberapa langkah di atas rumput dan berjalan turun ke bawah tebing, saya pasti tergelincir sedikit.

“Saya pasti kasut yang saya pakai tidak dapat (saya gunakan) untuk turun ke bawah dengan permukaan yang mencabar ini,” kata Encik Rauf.

Penyelamat tiba di lokasi sebelum beliau sempat turun.

Beliau menambah pihak berkuasa tidak membenarkannya berada berhampiran dengan kawasan terbabit kerana dikhuatiri beliau mengganggu menjejas operasi menyelamat kerana tekanan emosi yang dialaminya pada waktu itu.

“Saya harap anda faham bahawa pada masa itu, saya tidak keruan dan keseorangan.

“Telefon saya berdering tak henti-henti. Saya membalas beberapa orang dan kemudian sedar saya perlu jelaskan apa yang berlaku berulang kali dan perlu mengimbas kembali detik itu berulang kali, saya hampir pitam.

“Kehidupan saya seperti sudah hancur. Tetapi di sebalik kesedihan saya, saya harus menghormati dan faham bahawa saya bukanlah satu-satunya insan dalam kehidupan arwah isteri,” katanya.

Beliau menyifatkan perwatakan arwah sebagai pencinta haiwan yang berhati emas.

Mentelah beliau menggelarkan arwah ‘pencinta haiwan kronik’ kerana sikapnya yang sangat penyayang terhadap haiwan, sehinggakan rumah privet mereka di kawasan Pasir Ris menempatkan 40 kucing yang diselamatkan dan dititip arwah.

Jenazah arwah akan dibawa pulang ke Singapura dan dijadual tiba di sini pada 27 Disember untuk dikebumikan di Pusara Aman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >