Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura tidak terlibat dalam serangan terhadap Houthi di Yaman: Mindef

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura tidak terlibat dalam serangan terhadap Houthi di Yaman: Mindef

Jan 13, 2024 | 11:25 PM



Singapura tidak mengambil bahagian dalam serangan tentera terhadap pemberontak Houthi di Yaman tetapi terlibat dalam satu pasukan bertindak berbilang negara yang bertujuan memastikan kapal selamat di Laut Merah, kata Kementerian Pertahanan (Mindef).

Dalam satu kenyataan pada 13 Januari bagi menjawab pertanyaan media, Mindef menjelaskan yang askar Singapura menyertai Operasi Penjaga Kemakmuran (OPG), satu pasukan keselamatan maritim antarabangsa yang dibentuk sebagai respons kepada serangan kapal oleh Houthi di Laut Merah.

“Singapura menyumbang kakitangan kepada OPG, satu usaha di bawah naungan Pasukan Maritim Gabungan berbilang negara - Pasukan Petugas Gabungan 153: Keselamatan Maritim Laut Merah.

“Melibatkan lebih 20 negara, OPG memberi tumpuan kepada usaha melindungi perkapalan daripada ancaman keselamatan, seperti melalui perkongsian maklumat dan rondaan maritim.

“OPG tiada kaitan dengan serangan tentera terhadap Houthi,” kata Mindef.

Pada 12 Januari, Amerika Syarikat dan Britain telah melancarkan serangan udara dan laut terhadap sasaran tentera Houthi di Yaman selepas kumpulan pemberontak itu menyerang kapal di Laut Merah.

Kumpulan itu yang disokong Iran telah mengatakan bahawa serangan tersebut bertujuan untuk menunjukkan sokongan terhadap kumpulan Hamas dalam perangnya dengan Israel di Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >