Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Syarat baru akan dikena bagi gangguan khidmat teksi, tempahan pengangkutan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarat baru akan dikena bagi gangguan khidmat teksi, tempahan pengangkutan

Mar 05, 2024 | 08:18 PM



Semua pengendali teksi dan khidmat tempahan pengangkutan (ride-hailing) dikehendaki memaklumkan penumpang, pemandu dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam masa sejam selepas berlaku kejadian sistemik yang boleh menjejas penyediaan khidmat pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat (P2P).

Ini sebahagian daripada satu set piawaian baru yang akan diperkenal sedang pihak berkuasa meneruskan semakan ke atas sektor pengangkutan P2P.

Bagi menghentikan kemerosotan dalam bilangan teksi di sini, syarat kawal selia akan diubah untuk mengurangkan kos operasi bagi pengendali teksi dan justeru kadar sewa kenderaan untuk teksi.

Ini termasuk melanjutkan jangka hayat berkanun teksi bukan elektrik dari lapan tahun kepada 10 tahun.

LTA berkata tarikh pelaksanaan perubahan kawal selia itu akan diumum kelak, sambil menambah bahawa ia akan bekerjasama dengan pengendali teksi dan khidmat tempahan pengangkutan untuk menyertakan syarat baru itu sebagai sebahagian daripada pembaharuan lesen mereka.

Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pengangkutan pada 5 Mac, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata lebih ramai orang kian bergantung pada pengendali pengangkutan P2P untuk perjalanan dan mata pencarian mereka.

Langkah baru itu bertujuan mengurangkan kesan gangguan perkhidmatan dan memudahkan bekalan teksi yang stabil, tambahnya.

Sebaik sahaja kejadian sistemik yang boleh mengganggu perkhidmatan teksi atau khidmat tempahan pengangkutan disahkan, pengendali mesti memaklumkan LTA, penumpang dan pemandu dalam masa sejam.

Mereka turut dikehendaki menyerahkan laporan kejadian yang menggariskan langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan kejadian tersebut.

Selain itu, pengendali khidmat tempahan pengangkutan mesti membangunkan dan sentiasa menyemak rancangan hal luar jangka bagi mengurangkan kejadian masa depan, kata Dr Khor.

Satu lagi perubahan ialah tempoh notis minimum yang perlu diberikan oleh pengendali teksi dan khidmat tempahan pengangkutan jika ia bercadang keluar daripada pasaran Singapura.

Pengendali perlu mengemukakan rancangan keluar kepada LTA sekurang-kurangnya 120 hari sebelum menyerahkan lesen mereka, berbanding 60 hari sekarang.

Pengendali itu juga dikehendaki memaklumkan orang ramai sekurang-kurangnya 60 hari sebelum menyerahkan lesen mereka agar penumpang dan pemandu mempunyai masa yang mencukupi untuk mengeluarkan wang daripada dompet elektronik mereka dan beralih ke wadah lain.

Bagi teksi, beberapa perubahan akan dibuat untuk menjadikannya lebih berdaya maju dari segi kewangan.

Untuk menggalak lebih ramai orang mempertimbangkan mendapatkan lesen pemandu teksi, LTA akan menyelaraskan kurikulum latihan agar ia tidak memerlukan usaha yang banyak dan kosnya lebih rendah.

Dr Khor berkata peratusan teksi yang ditahan di tepi jalan turun daripada 23 peratus pada 2020 kepada 12 peratus pada 2023.

Dalam tempoh itu, bilangan teksi juga berkurangan daripada 15,800 kepada 13,600.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >