Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tawaran jimat belanja dengan diskaun bagi ahli NTUC

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tawaran jimat belanja dengan diskaun bagi ahli NTUC

Apr 24, 2024 | 08:02 PM



Sebagai memberi penghormatan kepada pekerja pada 1 Mei ini, FairPrice Group (FPG) mengumumkan ia akan menggandakan usaha untuk memastikan keperluan harian mampu dibeli melalui penjimatan dan diskaun bernilai lebih $4.5 juta bagi semua ahli Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan NTUC Link.

Ia dapat dinikmati di seluruh pasar raya NTUC dan cawangan Kopitiam tertentu pada Mei dan Jun.

Ini adalah seganda lebih daripada jumlah yang dijanjikan pada Hari Pekerja 2023.

Mulai 25 April, selama tiga minggu, promosi mingguan khas akan ditawarkan setiap minggu kepada ahli NTUC untuk menikmati diskaun 50 peratus bagi barangan keperluan terpilih.

Tawaran minggu pertama pada 25 hingga 28 April melibatkan tawaran diskaun 50 peratus bagi salah satu jenis beras paling popular yang dijual di FairPrice – beras Double FP Thai Hom Mali seberat lima kilogram.

Ia akan dijual pada harga $6.95 berbanding $13.90 sebelum diskaun.

Sejak FPG ditubuhkan pada 2019, kumpulan itu telah memulangkan lebih $900 juta diskaun, rebat dan derma kepada ahli, pelanggan dan masyarakat.

Pada 2023, program penjimatan sedia ada untuk semua lapisan masyarakat telah menyediakan penjimatan sehingga $15.2 juta yang akan berterusan sehingga 2024 dengan diskaun termasuk potongan 3 peratus pada Isnin dan Rabu untuk Generasi Perintis; potongan 2 peratus pada Selasa untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas; dan potongan 3 peratus untuk pemilik kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) biru.

Yayasan Fairprice juga akan bekerjasama dengan Kopitiam untuk menawarkan kopi dan teh panas pada harga 50 sen kepada ahli kesatuan NTUC di cawangan Kopitiam tertentu sepanjang Mei hingga Jun.

Selain itu, pada 1 Mei, anak-anak kepada ahli NTUC akan dapat menikmati Milo percuma dengan sebarang pembelian minuman promosi berharga 50 sen.

Ahli NTUC yang mendaftar buat kali pertama bagi aplikasi mudah alih FPG mulai 1 Mei juga akan diberi
e-baucar sebanyak $5, sebagai tambahan kepada diskaun 10 peratus untuk membayar di pusat makan Kopitiam.

“NTUC mengambil berat terhadap ahlinya, dan kami berharap langkah-langkah ini akan membantu
pekerja Singapura menguruskan perbelanjaan harian keluarga mereka,” kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.

Tawaran Hari Pekerja selanjutnya akan diumumkan lebih dekat dengan tarikh pelancaran dari 1 Mei hingga 9 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >