Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Terima hasil tipu: Firma didenda $50,000 selepas terima $2j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terima hasil tipu: Firma didenda $50,000 selepas terima $2j

Mar 13, 2024 | 06:12 PM



Seorang remaja berusia 18 tahun menubuhkan sebuah syarikat pada Januari 2022, dan akaun banknya kemudian digunakan untuk menerima hasil penipuan di luar negara berjumlah sekitar AS$1.5 juta ($2 juta).

Pada 13 Mac, syarikat Deen’s Watches disabitkan dengan satu tuduhan berurusan dengan hasil kegiatan jenayah dan didenda $50,000.

Warga Singapura, Ali Kuthubudeen, yang kini berusia 20 tahun, adalah pengarah tunggal syarikat tersebut pada masa itu, dan kesnya masih disiasat.

Dia dituduh melakukan beberapa jenayah termasuk pecah rumah dan kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Dalam satu kenyataan kepada polis pada Mei 2022, Ali berkata dia berkenalan dengan seseorang ketika mereka mendiami Rumah Tumpangan Remaja Lelaki Singapura (SBH).

Kenalan barunya itu kemudian memintanya menubuhkan sebuah syarikat jam tangan, dan menjanjikan keuntungan antara $20,000 dengan $30,000.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tung Shou Pin memberitahu mahkamah Ali bersetuju dengan cadangan itu, dan menubuhkan Deen’s Watches dengan bantuan kenalan tersebut dan seorang lagi yang bernama, ‘Gibson’.

DPP menambah bahawa Ali kemudian memberi mereka maklumat dan barangan peribadinya, termasuk butiran log masuk Singpass dan salinan kad pengenalannya.

Selepas itu, kededua kenalannya membuka akaun bank menggunakan butiran peribadi Ali.

“Ali membenarkan (mereka berdua) log masuk ke akaun korporat menggunakan Singpass miliknya.

Bagaimanapun, dia menukar kata laluan Singpass itu beberapa jam kemudian, kerana takut (mereka) menggunakan Singpassnya untuk tujuan lain,” kata pendakwa raya.

Dokumen mahkamah menyatakan Ali tidak memantau kegiatan perniagaan atau transaksi kewangan syarikat itu.

Pada 27 April 2022, salah satu akaun bank Deen’s Watches menerima hampir AS$1.5 juta, yang merupakan sebahagian daripada AS$4 juta milik syarikat lain.

Sebelum itu, seorang penipu yang berpura-pura berkhidmat dengan Decheng Capital Global Life Sciences Fund, telah mengirim satu arahan penipuan yang meminta wang AS$4 juta dipindahkan daripada akaun banknya ke satu lagi akaun milik sebuah syarikat, Binary Luxe.


Wang AS$4 juta itu kemudian dipindahkan ke akaun bank Binary Luxe, dan daripada jumlah itu, akaun bank Deen’s Watches menerima hampir AS$1.5 juta.


Wang tersebut kemudiannya disalurkan ke beberapa akaun lain di China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >