Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Turf City dikosongkan pada 31 Dis bagi pembangunan semula

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Turf City dikosongkan pada 31 Dis bagi pembangunan semula

Dec 21, 2023 | 07:16 PM



Tapak Turf City di Bukit Timah akan dikosongkan pada 31 Disember 2023 untuk memudahkan kerja pembangunan semula bagi sebuah kawasan kejiranan baru.

Menurut kenyataan bersama oleh Penguasa Tanah Singapura (SLA), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan agensi sukan nasional Sport Singapore (SportSG) pada 21 Disember, tapak Turf City di Bukit Timah telah diketepikan untuk kegunaan kediaman.

Kemudahan di kawasan itu akan dipertingkatkan lagi apabila stesen MRT Turf City di Laluan Cross Island siap pada 2032.

Penyewa di Turf City telah diberi masa selama empat tahun untuk merancang pemindahan mereka.

Sejak 2019, agensi yang berbeza telah menghubungi penyewa mengenai keperluan mengosongkan tapak itu untuk memudahkan pembangunan semula.

Dua tempoh melanjutkan sewa selama 18 bulan berturut-turut diberikan pada 2019 dan 2021 agar penyewa mempunyai lebih masa untuk merancang pemindahan mereka.

Tapak yang dikosongkan akan dikepung untuk memudahkan kerja-kerja persiapan pembangunan yang akan dijalankan secara progresif untuk pembangunan kediaman masa hadapan.

Kerja pembinaan terowong untuk salah satu daripada enam stesen MRT dalam Fasa Dua Laluan Cross Island telah bermula awal 2023.

Konsep rancangan bagi kawasan itu kini dipaparkan dalam pameran My City, My Home di Pusat URA.


URA akan berkongsi lebih banyak butiran tentang kejiranan baru itu pada 2024 sebagai sebahagian daripada draf Pelan Induk 2025.

Ia sedang mendapatkan maklum balas daripada rakyat Singapura dan pihak berkepentingan mengenai rancangan itu, dengan matlamat menjadikan Singapura sebuah negara yang selesa didiami, inklusif dan menawan.

Bagi melengkapi strategi di bawah Pelan Induk Kemudahan Sukan (SFMP) pula, SportSG menyasarkan untuk meningkatkan rangkaian ruang sukan dan riadah melangkaui penyediaan kemudahan sukan awam.

Untuk itu, SportSG telah bekerja rapat dengan agensi berkaitan untuk mengenal pasti tapak yang sesuai secara progresif untuk kegunaan sukan.

Tambahan pula, visi Rainforest Sports Hub untuk tanah bersebelahan stesen MRT Haw Par Villa adalah untuk mewujudkan kemudahan sukan ragbi yang menarik, bertenaga dan mesra alam dengan program tetap berkaitan ragbi untuk melibatkan masyarakat yang lebih luas.

Dengan pelbagai tawaran dan program sukan ragbi, tapak baru itu berpotensi menjadi kemudahan ragbi sentuh tetap pertama di Singapura yang memenuhi keperluan kanak-kanak dan belia, sambil memudahkan penglibatan masyarakat dan integrasi sosial.

Dirancang sebagai kawasan kejiranan yang inklusif dan mudah diakses, tapak Turf City di Bukit Timah akan memperkenalkan pelbagai kemudahan dan jenis perumahan yang memenuhi pelbagai aspirasi dan keperluan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >