Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Guru prasekolah didakwa tolak budak dari tingkap sebabkan dia jatuh: ECDA

Jan 16, 2024 | 06:26 PM



Seorang guru prasekolah PCF Sparkletots di utara Singapura sedang disiasat kerana didakwa menolak seorang budak lelaki berusia setahun yang cuba memanjat jeriji tingkap, menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh.

Guru itu dikatakan cuba menghalang kanak-kanak tersebut daripada memanjat jeriji tingkap dengan menggunakan “kaedah tidak sesuai”, kata jurucakap Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada 16 Januari.

Kejadian itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV), lapor The Straits Times (ST).


Jurucakap itu berkata: “Pada 3 Januari 2024, kanak-kanak itu berulang kali cuba memanjat jeriji tingkap rendah dan pendidik tersebut menolaknya dari tingkap itu.

“Kanak-kanak itu jatuh di punggungnya di atas tikar permainan dan terguling ke sisi dan terlentang.”

Beliau menambah, ECDA meneliti rakaman CCTV dari 2 hingga 5 Januari ketika budak itu berada di sekolah, yang turut menyiasat kejadian tersebut.

Kejadian itu terbongkar ketika agensi itu menyemak rakaman CCTV daripada prasekolah berkenaan, selepas ibu bapanya memaklumkan prasekolah tersebut mengenai kecederaan yang dialami kanak-kanak itu.

Pada 10 Januari lalu, bapa kanak-kanak itu memberitahu ST, beliau ternampak lebam sebesar saiz syiling 50 sen pada telinga kanan anaknya dan beberapa calar di mukanya pada 5 Januari.


Ini hanyalah hari keempat prasekolah untuk budak berusia 22 bulan itu, yang merupakan anak tunggal dalam keluarga.

“Saya dan isteri menganggap kecederaan ini hanya boleh berlaku di sekolah, kerana dia tidak pernah terhantuk atau jatuh di rumah,” kata bapanya.

Bapanya, yang berasa bimbang, kemudian membuat laporan polis. Beliau turut membawa anaknya berjumpa doktor, yang mengatakan anaknya tidak mengalami pendarahan dalaman.

Apabila prasekolah disambung semula pada 8 Januari, ibu bapa itu memaklumkan kejadian itu kepada pihak sekolah.

Menjawab pertanyaan, pengendali prasekolah PCF berkata pada 10 Januari bahawa rakaman CCTV itu ditunjukkan kepada ibu bapa itu pada 9 Januari. Tiada punca lebam dilihat ketika itu.

ECDA berkata prasekolah itu melaporkan kejadian itu kepada agensi itu pada 8 Januari. Menyusuli laporan itu, siasatan dilakukan termasuk lawatan tanpa dimaklumkan ke prasekolah itu, menyemak rakaman CCTV ketika kanak-kanak itu hadir di sekolah, dan mengadakan temu bual.


Berdasarkan dapatan awal agensi itu, lebam pada telinga budak lelaki itu mungkin juga berlaku pada 4 Januari ketika kanak-kanak itu duduk di atas kerusi rendah, hilang imbangan dan kemudian jatuh ke belakang dan ke lantai, kata ECDA. Kejadian itu turut dirakam CCTV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >