Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Wanita dikenakan probesen, gagal maklumkan polis rakannya dirogol

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dikenakan probesen, gagal maklumkan polis rakannya dirogol

Mar 18, 2024 | 06:27 PM



Seorang wanita, yang gagal memaklumkan polis walaupun mempunyai sebab untuk percaya bahawa seorang lelaki telah merogol rakannya, diperintahkan menjalani probesen selama setahun sembilan bulan pada 18 Mac.

Wanita 22 tahun itu juga telah melakukan kesalahan lain yang tiada kaitan termasuk menipu.

Sebagai sebahagian daripada hukumannya, dia dikehendaki berada di dalam rumah dari 11 malam hingga 6 pagi setiap hari dan melakukan 100 jam khidmat masyarakat.

Ibunya juga dikenakan ikat jamin $5,000 untuk memastikan dia berkelakuan baik.

Nama semua pihak yang dikaitkan dengan kes itu telah disunting daripada dokumen mahkamah.

Pada 1 Februari, pesalah itu mengaku di mahkamah bahawa dia gagal memberi maklumat segera kepada polis mengenai kejadian rogol itu.

Pihak pendakwa berkata dia terikat secara undang-undang supaya berbuat demikian.

Wanita itu turut mengaku bersalah atas tuduhan menipu dan kesalahan lain.


Wanita itu, mangsa berusia 23 tahun, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun adalah sebahagian daripada lapan orang yang berkumpul di sebuah bilik di Hotel Royal di Newton Road semasa pandemik Covid-19 pada 28 November 2021.

Remaja itu dikenal pasti dalam dokumen mahkamah sebagai B1, dan lelaki berusia 20 tahun, B2.

Kumpulan itu berkongsi lapan botol minuman keras. Dokumen mahkamah tidak mendedahkan keputusan kes membabitkan lelaki dan remaja itu.

Sekitar tengah malam, seorang pekerja hotel menghubungi bilik itu memberitahu mereka bahawa mereka melanggar peraturan Covid-19. Disebabkan langkah pengurusan selamat, hanya sehingga lima orang boleh berkumpul pada masa itu.

Dua orang meninggalkan bilik tersebut, manakala enam terus berada di dalamnya.

Pada awal pagi 29 November 2021, mangsa berasa mabuk dan tertidur selepas meneguk minuman keras buat kali terakhir.

B2, yang berbaring di sebelahnya di katil, mula memeluknya.

Antara 3 pagi dengan 6 pagi, B1 membawa mangsa ke bilik air dan B2 merogol wanita yang masih tidak sedar.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan apa yang dilakukan oleh orang lain di dalam bilik tersebut ketika itu.

Selepas melakukan kesalahan itu, B2 membawa mangsa keluar dan membaringkannya semula di katil sebelum tertidur.

Apabila dia tersedar, dia memberitahu B1 dan pesalah wanita itu bahawa dia melakukan hubungan seks dengan wanita berkenaan.

Mereka bersetuju akan berbohong kepada mangsa dengan mendakwa dia telah bangun sebelum mengikut lelaki itu ke bilik air.

Mangsa bangun lewat pagi itu dan mengesyaki dirogol apabila berasa sakit ketika menggunakan tandas.

Sekitar 9 pagi, mereka keluar dari hotel dan mangsa membuat laporan polis pada 1 Disember 2021.

Dalam beberapa kes lain, wanita itu menipu bank dengan membuka akaun yang digunakan untuk mengendalikan wang daripada scam (penipuan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >