Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Wanita lahir anak ketiga dalam kereta sewa privet semasa perjalanan ke hospital

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita lahir anak ketiga dalam kereta sewa privet semasa perjalanan ke hospital

Dec 12, 2023 | 07:15 PM



Belum sempat Cik Siti Nur Shafiatul sampai di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), beliau melahirkan zuriat ketiga di dalam kereta sewa privet yang dinaikinya pada 6 Disember.

Menukil laporan The Straits Times (ST), beliau sedang dalam perjalanan ke KKH sejurus selepas penguncupan bermula tetapi dengan kenderaan berjarak hanya satu persimpangan trafik dari KKH, beliau melahirkan bayi lelaki di dalam kenderaan tersebut.


Menurut pekerja dalam sektor penjagaan kanak-kanak berusia 30 tahun itu, beliau pernah melakukan hal serupa bagi kelahiran anaknya yang kedua dan sempat tiba ke hospital pada waktu itu.

Beliau berkata tarikh kelahiran bagi bayi ketiga sepatutnya adalah pada 13 Disember dan beliau dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan pada 6 Disember.

Namun, beliau rasa penguncupan yang teramat selepas terjaga daripada tidur sekitar 7.30 pagi pada hari tersebut.

Cik Shafiatul menjelaskan beliau mendapati sukar untuk turun anak tangga dari rumahnya di Chua Chu Kang ke kereta sewa privet, yang tiba sekitar 9 pagi.

Tambahnya, pemandu kenderaan tersebut memastikan beliau rasa selesa dan mengawasi keadaannya sepanjang perjalanan yang memakan masa sekitar 40 minit.

Mereka berada di kawasan Novena dan hampir sampai ke KKH apabila beliau menyedari bahawa kali ini, kelahiran tersebut tidak dapat lagi ditahan.

“Saya tidak sangka bayi untuk keluar begitu pantas. Dengan anak saya yang kedua, saya sempat naik Grab dan sambut kelahiran di hospital. Jadi saya ingatkan kelahiran kali ini juga barangkali sama.

“Apabila kami sampai di hospital, saya menggendong bayi dan tali pusat sudah terjuntai keluar,” jelasnya.

Beliau berkata pemandu kenderaan mendapatkan bantuan dengan segera selepas tiba di hospital.

Kakitangan perubatan tiba di lokasi kenderaan untuk memotong tali pusat dan memeriksa bayi lalu membawa Cik Shafiatul ke bilik persalinan.

Beliau tidak sempat mengucapkan selamat kepada pemandu namun meninggalkan tip $20 melalui aplikasi, di samping tambang $30 yang dikenakan.

“Grab sudah menghubungi saya dan memaklumkan saya mereka akan sampaikan mesej (ucap selamat) dan menyantuni usaha pemandu,” tambahnya.

Beliau dibenar pulang pada 7 Disember manakala bayinya diletakkan dalam pengawasan hospital sebelum dipindahkan ke nurseri penjagaan khas pada 8 Disember, kata Cik Shafiatul.

Laporan ST itu menambah jurucakap Grab telah berhubungan dengan Cik Shafiatul dan sampaikan ucapan terima kasih kepada pemandu terbabit manakala nama bayi lelaki tersebut belum diberikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >