Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ziarah, agihan habuan demi kebajikan asatizah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ziarah, agihan habuan demi kebajikan asatizah

Apr 05, 2024 | 05:31 AM



Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) sentiasa menitikberatkan pembangunan dan kebajikan setiap asatizah. Tidak kira, sama ada asatizah di madrasah, asatizah giat membimbing masyarakat, ataupun asatizah mapan yang kian lama menabur bakti kepada masyarakat selama ini.

Melalui program tahunan Ramadan seperti, ‘Asatizah Turun Padang’, Pergas menjaga kebajikan asatizah yang berada di bawah Skim Bantuan Kewangan Pergas, dan juga masyaikh, atau penasihat mapan.


Seramai 34 asatizah sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam kegiatan ziarah, pengagihan habuan dan interaksi bersama 38 asatizah lain, meraih manfaat menerusi program, ‘Asatizah Turun Padang’ tersebut.

Dalam program Pergas, ‘Ihya Ramadan’, pula, setiap asatizah di bawah Skim Bantuan Kewangan Pergas menerima habuan $347.00, berbentuk barangan dapur, hamper, makanan iftar dan habuan kewangan Hari Raya.

Menurut Pegawai Eksekutif Kanan, Kebajikan dan Keahlian Pergas, Ustazah Khadijah Suri, antara visi program itu adalah mencipta satu komuniti asatizah yang saling membantu antara satu sama lain, dengan harapan ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum.

Pergas turut melancarkan ‘Projek Teman’ sebagai program susulan secara bulanan bagi ‘Asatizah Turun Padang’.

Matlamat utama projek ini adalah menghubungkan asatizah sambil memakmurkan amalan ziarah-menziarahi, menguatkan tali silaturahim dan saling berkongsi pengalaman.

“Kami yakin dengan perkongsian pengalaman hidup mereka, sedikit sebanyak akan membantu kita menjalani kehidupan dengan lebih baik dan bermakna lagi.

“Sememangnya, memberi hadiah, mengunjungi sesama lain dan saling mendoakan juga merupakan antara amalan yang digalakkan Islam. Hubungan sesama asatizah perlu dipupuk dan dihargai,” jelas Ustazah Khadijah Suri.

Program ‘Asatizah Turun Padang’ juga antara program tahunan yang dinanti-nantikan oleh salah seorang sukarelawan program tersebut, iaitu Naib Setiausaha Kehormat, Majlis Tertinggi Pergas, Ustaz Mohammad Bahrul-Ulum Buang.

“Sejak mula diadakan, mungkin lebih 10 tahun lalu, saya tidak pernah terlepas mengikuti program, ‘Asatizah Turun Padang’ setiap tahun.

“Program ini memberi saya peluang menziarahi para masyaikh, asatizah mapan dan asatizah uzur, yang kebanyakannya merupakan mantan guru-guru saya.


“Alhamdulillah, banyak hikmah dan ibrah yang dapat dipetik berdasarkan pengalaman hidup mereka.


“Melalui program ini, ia juga dapat menyalurkan sokongan moral, bantuan kewangan dan keceriaan kepada asatizah yang memerlukan, khususnya pada bulan Ramadan.”

Pergas berharap masyarakat dapat melihat kepentingan pemerkasaan asatizah dalam membimbing masyarakat dengan lebih baik. Usaha ini hanya dapat dilakukan dengan sokongan dan sumbangan masyarakat.

PEMBAYARAN ZAKAT


Salurkan zakat anda kepada Pergas melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun Maybank 04144000871.

2. PayNow ke nombor UEN S57SS0012G871.

3. Cek atas nama ‘PERGAS-ZAKAT’.

4. Lungsuri pergas.org.sg/product/zakat.

5. Wang tunai, NETS, atau kirimkan cek langsung ke kaunter zakat Pergas di alamat Wisma Indah, 448 Changi Road, #03-01, Singapura 419975, dari Isnin hingga Ahad (10 pagi hingga 9.30 malam).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >