Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Nak Tumpang atau Tumpeng?

Nov 29, 2013 | 07:16 PM



APA perbezaannya antara Nasi Tumpeng dan Nasi Tumpang?


Walaupun bunyi perkataannya hampir sama, hidangannya berbeza.


Nasi Tumpeng atau lebih dikenali sebagai ‘tumpeng’ sahaja merupakan warisan kebudayaan yang diamalkan oleh kerabat diraja Jawa yang telah dijadikan hidangan sejak zaman dahulu.


Nasi ini disediakan apabila ada keramaian, kenduri kesyukuran atau menyambut sesuatu  perayaan. Ia turut disediakan oleh orang kebanyakan untuk menyambut hari lahir, cukur rambut, pembukaan syarikat dan rumah terbuka.


Hidangan ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Indonesia.


Pelbagai jenis lauk-pauk disediakan dalam hidangan Nasi Tumpeng dan tidak kurang daripada enam jenis seperti serondeng, rendang ayam, rendang daging, tempe goreng, bergedil dan keropok.


Nasinya pula sama ada nasi putih atau nasi kuning, serupa nasi kunyit, yang dibentukkan seperti kon atau piramid menggunakan daun pisang.


Sebelum tetamu dipelawa menjamu selera dengan hidangan Nasi Tumpeng, pucuk tumpeng dipotong dan diberikan kepada orang yang paling dihormati dan penting dalam sesuatu majlis itu.


Ia bermakna memuliakan dan menunjukkan rasa hormat kepada orang berkenaan. Yang lainnya barulah dimakan bersama dengan tetamu yang lain.


Jika Nasi Tumpeng berasal dari Jawa, Nasi Tumpang pula berasal dari Kelantan.


Ia sejenis makanan yang dibungkus dengan daun pisang dan dibentukkan juga seperti kon atau piramid. Nasi ini dibungkus berselang-seli dengan lauknya sebagai pelengkap rasa seperti lauk udang, ikan, sambal ikan, gulai dan telur dadar dan kemudian disemat dengan lidi supaya kemas.


Oleh kerana banyak jenis lauk yang ‘menumpang’ dalam nasi itu, maka akhirnya ia dikenali sebagai Nasi Tumpang sehingga ke hari ini.


Nasi ini sangat popular di Kelantan sehingga mudah mendapatkannya di setiap daerah di negeri itu.


Nasi Tumpang ini biasanya dijadikan hidangan sarapan.


Oleh kerana Nasi Tumpang ini agak lembik, ia sesuai untuk kanak-kanak atau orang tua yang tidak boleh memamah makanan keras.


Tetapi, bagaimana dan bila asal usul Nasi Tumpang mula dihasilkan, tiada sesiapa yang dapat menyatakannya secara tepat.


Ada yang mengatakan ia adalah sejenis bekalan untuk para nelayan atau perantau kerana nasi ini boleh tahan lama, jadi ia sesuai untuk dibawa bersama ketika mengembara.


 Nota: Jika anda ingin merasa kedua-dua jenis nasi ini, Restoran Mamanda di Gedung Kuning, Kampong Gelam, ada menyediakannya. Nasi Tumpeng disajikan setiap hari dan Nasi Tumpang akan disajikan bermula dalam bulan Ramadan akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >