Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Badminton Terbuka Malaysia: Permulaan baik bagi tiga pemain S’pura

Jan 10, 2024 | 03:27 PM



Beregu campuran badminton Singapura Terry Hee dan Jessica Tan meneruskan prestasi kukuh mereka selepas bangkit untuk mengalahkan pasangan Taiwan Ye Hong-wei dan Lee Chia-hsin, 15-21,21-19,21-12 dalam pusingan pertama kejohanan Terbuka Malaysia pada 9 Januari.

Pasangan Hee dan Tan menduduki tangga ke-22 ranking dunia manakala beregu Taiwan itu di tangga ke-12.

Hee dan Tan akan menentang pasangan Thailand Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran, yang menduduki ranking ke-20 dunia, dalam pusingan 16 terakhir.

Mereka sedang berusaha mendapatkan lebih mata ranking agar dapat mengukuhkan tempat dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Mereka kini mengisi slot ke-13 Sukan Olimpik. Slot 14 hingga 16 dikhususkan bagi Amerika Syarikat, Afrika dan Oceania.

Hee, 28 tahun, memberitahu The Straits Times:


“Kami gembira dapat bangkit dan mengekalkan rentak permainan kami. Setiap perlawanan adalah perlawanan sukar pada peringkat ini, dan kami akan membuat persiapan bersama jurulatih kami dan bersedia dari segi mental.”

Pasangan itu memenangi kejohanan Guwahati Masters sebelum memasuki final Odisha Masters pada Disember 2023, dan berhasrat untuk memulakan 2024 dengan kemenangan di Axiata Arena di Kuala Lumpur.

Selepas kalah perlawanan pertama, pasangan Singapura itu bangkit daripada ketinggalan 17-12 dan 19-17 dalam perlawanan kedua untuk membawa perlawanan itu ke set penentu, di mana mereka menang 19-6.

Ketua jurulatih beregu national Singapura Paulus Firman berkata:

“Mereka tidak bermain dengan baik sehingga pertengahan perlawanan kedua. Masa itulah mereka dapat mengawal rentak perlawanan dengan memilih arah dan cara pukulan yang betul.”

“Mereka tidak berputus asa dan Jessica bermain dengan baik bagi menyokong dan mendorong Terry agar beliau dapat fokus semula pada perlawanan itu.

“Saya harap ini akan memberi mereka kepercayaan pada kebolehan mereka sendiri, bahawa mereka boleh bersaing dan mengalahkan pasangan di ranking lebih tinggi,” tambah beliau.

Dalam perseorangan wanita, pemain nombor ke-22 dunia dari Singapura Yeo Jia Min menewaskan pemain Canada, Michelle Li, yang menduduki ranking ke-24 dunia, 21-9,21-14.

Li memenangi tiga daripada empat perlawanan antara mereka sebelum ini.

Dalam pusingan 16 terakhir, Yeo akan cuba menundukkan pemain China Han Yue, yang menduduki tangga kelapan dunia.

Jika Yeo menang, ia akan menjadi kemenangan kedua beliau dalam lima perlawanan antara mereka.

Pemain berusia 24 tahun itu, yang berharap dapat menduduki antara 14 tempat teratas dalam ranking dunia bagi menentukan tempat lebih baik di Olimpik Paris 2024, berkata:

“Saya akan dapat meningkatkan kedudukan saya jika saya dapat mengekalkan pemikiran baik tahun ini (2024).”

Pemain keempat Singapura dalam pertandingan ini, Loh Kean Yew, yang menduduki ranking ke-10 dunia, tewas 21-13, 21-15 kepada juara bertahan dua kali dan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >