Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Barcelona benam Napoli mara ke suku akhir

Mar 13, 2024 | 11:20 AM



BARCELONA: Barcelona berjaya melangkah ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) setelah menewaskan Napoli 3-1 dalam perlawanan mendebarkan pada 12 Mac di padang sendiri.


Dengan keputusan itu, anak buah Xavi Hernandez sekali gus meraih agregat 4-2 setelah keputusan terikat 1-1 pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik.

Barcelona bermula dengan rentak kukuh menerusi jaringan Fermin Lopez dan Joao Cancelo, tetapi selepas bek pertahanan Napoli, Amir Rrahmani, merapatkan kedudukan, rentak tersebut kelihatan terganggu.

Robert Lewandowski memberi sentuhan penyudah bagi kuburkan impian Napoli untuk melangkah ke pusingan seterusnya menerusi sepakan jarak dekat yang menewaskan penjaga gawang Alex Meret.

Kemenangan Barca lebih manis kerana pasukan tersebut tidak menurunkan tonggak midfield yang cedera iaitu Pedri, Gavi dan Frenkie de Jong.


Sungguhpun tanpa kehadiran tonggak sedemikian, bakat muda Pau Cubarsi – yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut – jelas begitu bertenaga dan tenang mengekang penyerang Napoli, Victor Osimhen.

Kapten Barca, Sergi Roberto, menjelaskan: “Beliau menakjubkan dan pemain terbaik dalam perlawanan ini. Beliau tidak henti mengejutkan kami, bermain dengan cemerlang di pusingan 16 terbaik.”

“Ini adalah malam yang hebat dan menakjubkan, empat tahun kami tidak mendapat tempat yang sepatutnya, di mana kami berhak mencapainya.”

Xavi turut memuji pemain pertahanan berusia 17 tahun itu, yang menjadi tonggak penting sejak kebelakangan ini.

“Beliau seorang pemain yang rasional, bermain menggunakan otak, sabar, rendah diri dan sentiasa mahu tingkatkan diri. Kemunculannya secara tiba-tiba sangat menarik untuk bola sepak Barcelona dan Sepanyol kerana kami sudah lama mencari pemain pertahanan tahap tinggi,” ujarnya.

Beliau berkata kemaraan ke pusingan suku akhir UCL adalah salah satu detik terindah dalam kerjaya kejurulatihannya.

“Terdapat banyak kritikan tidak adil, termasuk ada yang katakan kami adalah bahan jenaka di UCL, menyebabkan kami terpaksa bermain dengan tekanan hebat.

“Kami perlu jadi lebih baik berbanding Napoli dan kami berjaya melakukannya. Ia adalah satu pencapaian yang sepatutnya dan salah satu detik terindah saya sebagai pengurus Barcelona.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >