Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Jurulatih Eropah timbang tiadakan masa tambahan lepas perlawanan seri

Sep 02, 2016 | 10:20 AM



NYON (Switzerland): Jurulatih bola sepak terkemuka Eropah sedang menimbangkan meniadakan masa tambahan selepas perlawanan berakhir dengan seri dalam pertandingan Eropah dan terus mengadakan tendangan penalti.



Perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat tahunan mereka pada Rabu (Khamis, 1 Sep waktu Singapura).



Bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, duta kejurulatihan UEFA, berkata beliau tidak mahu melihat pemain "berjalan-jalan" di padang kerana berasa penat semasa masa tambahan, dan masa tambahan juga jarang berjaya menghasilkan pemenang.



"Sesetengah jurulatih berkata sepakan penalti terus boleh diadakan (selepas seri), yang lain berpendapat ini boleh memberi kelebihan kepada pasukan lebih kecil yang akan lebih banyak bertahan," kata Ketua Pegawai Teknikal UEFA, Ioan Lupescu.



"Satu perkara yang sangat jelas ialah sekarang pemain bermain banyak perlawanan dan kami menimbulkan persoalan apakah dari sudut pandangan mereka masih berbaloi untuk mengadakan masa tambahan."



Ferguson berkata adalah penting untuk menimbang "melindungi" sukan itu.



"Saya tidak fikir kita mahu melihat pemain penat pada masa tambahan dan apabila wisel ditiup pada akhir 90 minit (dan perlawanan seri), saya sentiasa berasa ia akan membawa kepada sepakan penalti akhirnya," katanya.



"Anda lihat dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara lalu, pemain berjalan-jalan... tidak dapat dielakkan ia akhirnya membawa kepada sepakan penalti, jadi persoalannya ialah bagaimana kita boleh memperbaikinya?"



Semasa Piala Libertadores, versi Liga Juara-Juara di Amerika Selatan, masa tambahan tidak digunakan bagi perlawanan berkesudahan dengan seri.



Dalam mesyuarat itu, jurulatih juga diberi ringkasan taktikal Euro 2016.



Hanya 31 peratus perlawanan kejohanan itu dimenangi pasukan yang lebih banyak menguasai bola, manakala 11 daripada 15 perlawanan kalah mati dimenangi pasukan yang kurang menguasai bola.



Gol hasil serangan balas berkurangan, 30 peratus gol datang daripada gerak terancang dan 18 peratus dijaringkan oleh pemain gantian, kata UEFA.



Sebanyak 42 peratus gol dalam permainan terbuka datang daripada hantaran dan dengan menarik bola kebelakang. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >