Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Carrick kekal rekod tanpa kalah MU sebelum serah tugas kepada Rangnick

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United membuat persiapan bagi kehadiran pengurus sementara baru Ralf Rangnick dengan mengikat pendahulu Liga Perdana England, Chelsea, 1-1 di Stamford Bridge.



Rangnick, 63 tahun, yang tidak dilihat di stadium, tetapi didakwa telah mempengaruhi pemilihan kesebelasan utama United dalam perlawanan itu kelmarin, dijangka akan diumumkan sebagai pengurus tidak lama lagi.



Sementara itu, Michael Carrick, pengurus sementara yang ditugaskan mengendalikan pasukan sejak Ole Gunnar Solskjaer dipecat dua minggu lalu, telah mengecapi dua keputusan memberangsangkan.



Sebelum mencuri satu mata daripada Stamford Bridge ini, Carrick telah memimpin United menewaskan Villareal dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada minggu lalu, untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati kejohanan itu sebagai juara kumpulan.



Di Stamford Bridge kelmarin, Carrick tidak menyertakan penyerang azimat Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama, sebaliknya memilih menurunkan kesebelasan yang lebih defensif yang berjaya mempertahankan benteng sehingga Jason Sancho membuka tirai jaringan dalam satu serangan balas di awal separuh masa pertama.



Pemain muda itu merampas bola dari Jorginho di tengah padang sebelum berlari pantas ke arah gawang Chelsea sebelum memperdayakan penjaga gawang Chelsea, Edouard Mendy.



Gol itu menyuntik semangat pasukan tuan rumah, yang sehingga masa itu telah menguasai permainan, tetapi gagal menembusi benteng United - gabungan tuah yang menyebelahi pasukan pelawat di samping aksi cemerlang David De Gea mempertahankan gawang United.



Akhirnya, The Blues mendapat gol yang dinanti-nanti pada minit ke-69 melalui tendangan penalti selepas Aaron Wan-Bissaka mengasari Thiago Silva dalam petak penalti.



Jorginho, yang dipersalahkan bagi gol United, tidak memsesiakan peluang itu untuk menebus kesilapannya dengan perlawanan terus terikat sehingga wisel penamat, tanpa kededua pasukan merintis sebarang peluang gol pasti, kecuali Antonio Rudiger pada masa kecederaan.



Pemain itu mempunyai lebih masa daripada yang dijangka untuk mengawal bola yang diterimanya dalam petak penalti, tetapi memilih untuk melakukan rembatan first-time yang menyaksikan bola tersasar.



Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan itu, Carrick berkata beliau berpuas hati dengan cara pasukannya bersaing dengan Chelsea, yang juga merupakan juara bertahan Liga Juara-Juara.



"Kami kecewa kerana terpaksa pulang dengan hanya satu mata, tetapi ini juga menunjukkan kami layak memenangi perlawanan itu," ujar Carrick.



Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, pula berkata beliau gembira dengan cara pasukannya beraksi dan terpaksa menerima kesudahan perlawanan itu.



"Adalah sukar untuk menjangka kami boleh kehilangan mata atau kalah dalam perlawanan ini kerana kami pasukan yang lebih baik... kami mengawal rentak permainan.



"Tapi kami tidak kecewa... kini tumpuan kami pada perlawanan seterusnya," ujar beliau.



Chelsea kekal di tangga teratas liga dengan 30 mata, tetapi jurang antaranya dengan pesaing utama lain kini telah berkurangan.



Manchester City, yang menewaskan West Ham 2-1, meloncat ke tangga kedua, satu mata di belakang Chelsea, sementara Liverpool menduduki tangga ketiga dengan 28 mata.



Dalam perlawanan lain hujung minggu, Leicester menewaskan Watford 4-2 sementara Everton tewas 0-1 kepada Brentford.



Perlawanan antara Tottenham Hotspur dengan Burnley pula dibatalkan akibat ribut salji dan akan ditangguh pada tarikh yang belum ditentukan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >