Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea, Burnley seri dalam pertarungan bersemangat

Feb 13, 2017 | 07:51 AM



WALAUPUN kehilangan mata, Chelsea terus mara meninggalkan sekumpulan pasukan di belakang.



Ia kini 10 mata mendahului Tottenham dan Arsenal.



Ia menunjukkan keberanian menafikan Burnley mencatat kemenangan kelapan berturut-turut di Turf Moor. Dengan salji bertiup dari bukit Pennine pada hari yang sejuk, ini adalah satu ujian keazaman. Chelsea lulus ujian itu.



Burnley wajar dipuji. Persembahan mereka penting untuk mengekalkan semangatnya.



Swansea menjadi satu-satunya pasukan di luar enam pasukan teratas yang berjaya merampas mata daripada pasukan anak buah Antonio Conte.



Burnley menunjukkan kegagahannya bermain di tempat sendiri.



Namun Chelsea dapat bertahan.



Persaingan sengit itu berakhir dengan seri 1-1.



Chelsea memulakan permainan dengan persembahan hebat. Diego Costa berjaya menyusup pertahanan Burnley. Gerakannya bersama Eden Hazard dan dan Victor Moses membolehkan Pedro melepaskan tendangan menumpaskan Tom Heaton.



Namun Robbie Brady, yang berpindah ke Burnley daripada Norwich dengan bayaran £13 juta ($23 juta) - amat besar bagi taraf Burnley - menunjukkan kualiti.



Brady menewaskan penjaga gawang Chelsea, Thibout Courtois, menerusi sepakan percuma.



Courtois kemudian bertindak cemerlang dengan menyelamatkan Chelsea beberapa minit kemudian dengan menafikan serangan bek kanan Burnley, Matt Lowton.



Perlawanan berakhir dengan Burnley kelihatan dapat terus bertakat sementara Chelsea kian menghampiri puncak liga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >