Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

City setuju bayar $131j bagi pemain pertahanan Croatia Josko Gvardiol

Aug 03, 2023 | 02:07 PM



LONDON: Manchester City telah bersetuju untuk membayar 77 juta paun ($131 juta) kepada kelab RB Leipzig untuk mendapatkan pemain pertahanan Croatia Josko Gvardiol.


Perjanjian buat pemain berusia 21 tahun itu tidak termasuk bayaran tambahan, bermakna 80 juta paun yang dibayar Manchester United kepada Leicester City bagi mendapatkan Harry Maguire pada 2019 kekal sebagai rekod Britain buat seorang pemain pertahanan.

Gvardiol menjadi pemain utama Leipzig dalam 87 perlawanan sejak menyertai pasukan itu daripada Dynamo Zagreb pada 2021.

Beliau dijangka terbang ke England bagi pemeriksaan perubatan lewat minggu ini.

Perjanjian itu kelihatan tidak mungkin dipersetujui minggu lalu apabila Leipzig menegaskan mereka tidak akan menjual kurang daripada 86 juta paun.

Pengurus Pep Guardiola percaya Gvardiol akan mengukuhkan bahagian kiri pertahanan tengahnya, dengan Ruben Dias, Manuel Akanji dan Nathan Ake juga mampu mengisi kedudukan itu.

Namun kedatangannya mungkin meletak masa depan Aymeric Laporte di Stadium Etihad menjadi tanda tanya.

Gvardiol, yang juga boleh bermain sebagai bek kiri, menjadi pemain baru City kedua musim panas ini berikutan ketibaan rakan senegaranya Mateo Kovacic daripada Chelsea pada Jun pada bayaran awal 25 juta paun.

Kovacic secara efektif akan menggantikan Ilkay Gundogan di bahagian tengah City selepas kapten musim lalu itu menyertai Barcelona menerusi pemindahan percuma, manakala pemain sayap Riyad Mahrez berpindah ke kelab Arab Saudi Al-Ahli minggu lalu di bawah kontrak bernilai 30 juta paun.

Gvardiol, yang menjaringkan dua gol dalam 21 penampilannya buat Croatia, membantu negaranya mendapat tempat ketiga di Piala Dunia 2022 serta menjadi naib juara kepada Sepanyol dalam Liga Negara pada 2023.

Leipzig pula dua kali layak ke Liga Juara-Juara semasa Gvardiol di Jerman setelah menduduki tempat keempat dan ketiga di Bundesliga dalam tempoh dua tahun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >