Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia: Croatia tewaskan Maghribi 2-1 untuk gondol tempat ketiga

Dec 18, 2022 | 12:57 AM



CROATIA menamatkan kempen Piala Dunia 2022 mereka di tempat ketiga selepas menewaskan Maghribi 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada awal pagi Ahad (18 Disember).



Kemenangan naib juara 2018 itu bermakna Maghribi terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat dalam perjalanan menakjubkan mereka di Qatar.



Persembahan tersebut meskipun membanggakan untuk anak didik Walid Regragui, sebagai pasukan Afrika dan Arab pertama meraih pencapaian itu dalam sejarah Piala Dunia.



Dalam aksi sengit antara dua pasukan ‘underdog’ kejohanan, tandukan pemain bek tengah Josko Gvardiol seawal minit ketujuh membuka tirai jaringan untuk Croatia.



Kedudukan itu namun tidak bertahan lama.



Maghribi memberikan respons serta-merta dua minit kemudian menerusi hasil jaringan Achraf Dari ketika menanduk masuk bola dari jarak dekat untuk menyamakan kedudukan.



Sedang perlawanan kelihatan seri 1-1 menjelang waktu rehat, Mislav Orsic menghasilkan rembatan melengkung yang mantap ke sudut atas gawang pada minit ke-42 untuk kembali meletakkan Croatia di hadapan.



Maghribi cuba mencari gol pada babak kedua tetapi Croatia kekal teguh mempertahankan benteng sehingga wisel penamat untuk menjamin kemenangan.



Juara Qatar 2022 ditentukan dalam perlawanan akhir di Stadium Lusail pada 11 malam ini.



Argentina dan juara bertahan Perancis akan berentap untuk memburu trofi kejuaraan ketiga masing-masing.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >