Copa America: Argentina belasah Amerika 4-0 untuk ke final

HOUSTON (Amerika Syarikat): Lionel Messi menjaringkan gol antarabangsa ke-55nya untuk menjadi penjaring gol terbanyak Argentina, yang membelasah tuan rumah Amerika 4-0 bagi memasuki final Copa America Centenario pada Selasa (21 Jun).

Bintang Barcelona itu melakukan tendangan lencong sensasi daripada satu sepakan percuma melepasi penjara gawang Amerika, Brad Guzan, selepas 32 minit untuk meletak Argentina 2-0 di depan.

Sebelum itu, Messi dijatuhkan oleh Chris Wondolowski 25 meters dari gawang apabila beliau meluru ke depan, dan dengan gol yang terhasil daripada sepakan percuma itu, Messi mengatasi rekod 54 gol Gabriel Batistuta.

Gol pertama Argentina dijaringkan oleh Ezequiel Lavezzi.

Jurulatih Amerika, Jurgen Klinsmann, melakukan dua pertukaran pada waktu rehat tetapi penyerang Gonzalo Higuain menjaringkan gol ketiga Argentina empat minit selepas babak kedua.

Messi turut memainkan peranan bagi gol empat Argentina apabila hantaran tepatnya membolehkan Higuain menyumbatkan gol dengan mudah pada minit ke-85.

Argentina akan menentang sama ada Colombia atau juara bertahan Chile, yang akan bertemu di Chicago pada Rabu, dalam perlawanan final. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.