Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Decathlon luaskan jualan basikal terpakai dengan Carousell

Mar 21, 2024 | 04:09 PM



Rangkaian barangan sukan Decathlon sedang meluaskan kedai dalam taliannya untuk basikal terpakai, dengan kerjasama laman e-dagang Carousell.

Skim penjualan basikal terpakai itu adalah peluasan bagi program pertukaran Beli Balik atau ‘Buy Back’ kedai itu yang dimulakan pada Oktober 2023.

Skim tersebut membolehkan pengguna menjual semula basikal terpakai Decathlon, untuk mendapatkan kad hadiah Decathlon, dengan nilai sama seperti harga basikal tersebut.

Proses pertukaran itu boleh dilakukan melalui laman web Decathlon.

Kedai tersebut kemudian memperbaharui dan menjual semula basikal terpakai itu, lapor The Straits Times (ST).


Decathlon akan memanfaatkan pasaran Carousell, dan membolehkan pelanggan membuat janji temu dengan Decathlon untuk menukar basikal mereka kepada kad hadiah Decathlon, melalui aplikasi Carousell.

Basikal yang dibeli akan diperbaharui dan dijual di kedai barangan terpakai rasmi Decathlon di Carousell, di @decathlon_secondlife.

“Pembelian dari kedai rasmi Decathlon di Carousell akan memberi pelanggan rasa selamat kerana mengetahui basikal mereka telah diberi penilaian dan diperbaharui untuk keselamatan,” kata Decathlon pada 20 Mac, sambil menambah basikalnya mempunyai waranti selama dua tahun.

Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada program Second Life Decathlon yang diperkenalkan di Singapura pada 2022.


Ia membolehkan orang ramai membeli barangan terpakai yang diperbaharui di Decathlon.

Decathlon merancang menyertakan lebih banyak barangan sukan ke dalam program pertukaran itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Decathlon Singapura, Encik Stephan Veyret, berkata syarikat tersebut mempunyai 15 kedai di Singapura dan akan membuka dua lagi cawangan – satu di Pasir Ris pada Jun dan satu di Choa Chu Kang pada Ogos.

Decathlon kini mempunyai sekitar 750 kakitangan di sini, dan dijangka menggajikan lebih ramai pekerja sebaik sahaja dua cawangan baru itu dibuka.

Encik Veyret memberitahu bahawa lebih 50 peratus tenaga yang digunakan Decathlon untuk menghasilkan produknya, adalah tenaga boleh diperbaharui.

Ia menyasarkan mengguna 100 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2026.

“Daripada menjual 10 kali ganda lebih banyak produk, kami ingin hasilkan 10 kali ganda nilai tambahan daripada setiap produk untuk memanjangkan jangka hayat produk kami,” tambahnya.


Usaha kemampanan lain syarikat itu termasuk rekaan produk yang mesra alam, contohnya, dengan menggunakan benang yang telah diwarnakan dalam penghasilan benang. Kaedah tersebut lebih mesra alam kerana lebih jimat air.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >