Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: GAYA HIDUP AKTIF

Basikal batu kelikir jadi kegiatan keluarga

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



TIGA daripada enam ahli keluarga luangkan masa bersama dengan sukan lasak berbasikal batu kelikir.



Berbasikal batu kelikir atau gravel biking merupakan aktiviti sukan atau berbasikal di atas jalan atau tanah yang tidak rata atau berbatu-bata.



Semuanya bermula ketika pemutus rantaian jangkitan Covid-19 dilaksanakan di Singapura dua tahun lalu.



Apabila gimnasium di sini tidak dibenarkan beroperasi, Cik Marni Abdul Halid atau lebih mesra dengan panggilan Kak M, berusia 49 tahun terpaksa mencari cara senaman lain untuk menurunkan berat badannya pada ketika itu.



Sebelum ini Kak M serta suaminya Encik Ahmad Amin atau Dash Amin, 50 tahun, kerap ke gimnasium berdekatan rumah mereka di kawasan barat Singapura untuk bersenam agar kekal aktif.



Mereka terpaksa bertukar cara mereka bersenam kepada berbasikal memandangkan itulah satu-satunya kegiatan bersenam yang dibenarkan oleh pemerintah pada ketika itu.



Pada mulanya mereka berbasikal hanya untuk beriadah tetapi setelah suaminya menyarankan untuk cuba berbasikal batu kelikir, Kak M kurang yakin dirinya itu pandai berbasikal secara profesional. Ini disebabkan dia sudah lama tidak berbasikal.



Tetapi lama-kelamaan, dia dapat menyesuaikan dirinya.



Pada awalnya, mereka bermula dengan basikal biasa. Apabila Encik Ahmad memberikan saranan untuk naik taraf daripada basikal biasa ke basikal batu kelikir, anak sulung pasangan itu, Encik Muhammad Zachary Ahmad, berusia 27 tahun, turut serta.



Bahkan, kini mereka berbasikal bersama hampir dua kali seminggu dan kegiatan mereka turut dirakam, disunting dan kemudian dimuat naik di saluran YouTube 'Kak M'.



Berita Harian sempat bertanya kepada anak mereka, Encik Muhammad Zachary tentang penglibatannya bersama kedua ibu bapanya itu.



Dia berkata:



"Kira-kira setahun yang lepas, kaki saya patah dan ini sedikit sebanyak menghambat semangat saya untuk bersenam, lagi-lagi dalam waktu pandemik, tak ada apa untuk saya lakukan.



"Selepas itu saya bekerja di Decathlon sebagai seorang pakar sukan. Dan memandangkan ibu bapa saya pada ketika itu mula minat dengan basikal, saya pun periksa harga basikal di tempat kerja saya dan beritahu mereka sebelum saya ikut sertai mereka.



"Saya tak rasa malu bila ada kawan yang bertanyakan kenapa saya sibuk ikut orang tua saya berbasikal, sebab lihat saja pada mereka, terutama sekali ibu saya, telatahnya menghiburkan saya.



"Dan dalam masa yang sama, saya dapat luangkan masa saya bersama mereka. Kalau tidak saya akan sibuk bekerja." katanya lagi.



Pembaca yang inginkan maklumat lanjut berkenaan basikal batu kelikir boleh menonton dan lihat gelagat tiga beranak itu menerusi video-video mereka melalui saluran YouTube Kak M sekeluarga.



Taip sahaja 'Kak M Gravel biking' di YouTube.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >