Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EPL: Chelsea, Tottenham seri tanpa gol

Nov 30, 2015 | 07:38 AM



LONDON: Jose Mourinho memuji "pasukan Chelsea terbaik musim ini" selepas mereka seri 0-0 dengan Tottenham Hotspurs dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Ahad (29 Nov).


Namun, ia tidak bebas masalah bagi pengurus Chelsea dalam perlawanan di White Hart Lane itu, dengan penyerang Diego Costa tidak hadir di padang bagi memanaskan badan selepas digugurkan ke bangku simpanan.


Pemain Sepanyol itu kemudian merajuk di bangku simpanan selama satu jam sebelum akhirnya memanaskan badan di tepi padang.


Apabila jelas beliau akan kekal sebagai pemain gantian, Costa menanggalkan pakain lapik badannya dengan belakangnya menghadap Mourinho dan melemparkannya ke arahnya. Ia hampir terkena pengurus Portugis itu.


Mourinho menjelaskan keputusan menggugurkan Costa dengan mendakwa pemain berusia 27 tahun itu kurang keyakinan, setelah menjaringkan hanya tiga gol liga musim ini.


Tanpa penyerang lain, Eden Hazard diberikan peranan depan.


Akhirnya, Chelsea hanya mempunyai satu percubaan tepat, oleh penyerang Belgium itu, yang diselamatkan oleh penjaga gawang Tottenham, Hugo Lloris.


Spurs mempunyai empat percubaan tepat dari sembilan percubaan, dengan Son Heung Min dan Mousa Dembele hampir menyumbatkan gol. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >